Pages

Showing posts with label Pakaian dan Fesyen. Show all posts
Showing posts with label Pakaian dan Fesyen. Show all posts

Wednesday, 29 February 2012

Saiful Sidek Abdullah


Kosmo, Rabu 9 November 2011

Butik SAIF
Saiful Sidek Abdullah

Friday, 17 February 2012

Cala Qisya

Profil Usahawan Pilihan

Official Website : http://www.calaqisya.com/
Featured : IPTV, Safiyyah TV9, Jelita, New Strait Times

Vivy Sofinas Yusof

Profil Usahawan Pilihan
Vivy Sofinas Yusof
Pengarah Urusan

FashionValet.net

FV hab jenama fesyen Asia





SEGALA-GALANYA bermula ketika Vivy Sofinas Yusof, 25, mengikuti pengajian undang-undang di London School of Economic di United Kingdom (UK), tujuh tahun lalu. Dia yang begitu teruja melihat perkembangan fesyen di UK enggan ketinggalan merapikan penampilannya tetapi masih kekal sederhana dan feminin.

Apatah lagi, penduduk UK begitu menghargai hasil kerja pereka tempatan. Proses beli-belah secara talian juga bukan sesuatu yang baru di negara itu berbanding di Malaysia pada masa itu.
“Semasa di UK, saya amat menggemari jenama Topshop dan Zara. Saya sanggup berhabis menggunakan duit belanja yang dikirimkan bapa untuk perbelanjaan harian untuk membeli-belah dan sanggup makan mi segera,” ujar anak kelahiran Kuala Lumpur itu yang mesra disapa Vivy.
Menurut Vivy, yang berdarah campuran Cina dan Melayu, kedua-dua jenama berkenaan masih menjadi pilihannya. Bagaimanapun, selepas pulang ke Malaysia dua tahun lalu, dia mula menghargai hasil rekaan tempatan yang tidak kurang hebatnya.

“Selepas menamatkan pengajian dan pulang ke Malaysia, saya membantu bapa yang menjalankan perniagaan hartanah. Tetapi, saya tidak menemui kepuasan sebenar kerana minat yang mendalam terhadap fesyen.
“Tiga bulan lalu, saya mewujudkan FashionValet.net (FV) yang menjadi hab rekaan fesyen tempatan. Saya mewujudkan perniagaan ini bersama rakan pengasas yang juga rakan saya di UK, Fadzarudin Anuar dan Asma’ Nasaruddin,” katanya kepada Stailo ketika ditemui baru-baru ini.
Memburu pereka


VIVY SOFINAS menjalankan perniagaan fesyen dalam talian yang memartabatkan koleksi rekaan pereka tempatan.



Mengaku sibuk menjalankan perniagaan pada usia yang muda dan masih lagi membantu menjalankan bisnes keluarga, Vivy mahu terus memburu pereka-pereka tempatan untuk menyertai laman web FV.
“Ketika mula-mula mewujudkan bisnes ini, saya bergerak bersama kumpulan bagi menemui pereka-pereka fesyen tempatan. Pada bulan pertama kami berjaya mengumpulkan seramai 15 pereka tempatan tetapi, waktu itu belum ada pejabat untuk beroperasi.

“Dalam masa dua bulan menjalankan bisnes ini, saya mengupah empat orang pekerja tetap termasuk seorang pengurus iaitu Azwa Elena Azmi, 24, atau Wawa dan Anis Faezah Faid, 21, eksekutif operasi yang bersama-sama bertanggungjawab melancarkan perjalanan bisnes ini kerana saya terlalu sibuk,” kata Vivy yang berperanan sebagai Pengarah Urusan FashionValet.net.

Dengan memiliki FV, Vivy mempunyai peluang berfesyen tanpa had. Dia mengakui berhabis ribuan ringgit setiap bulan bagi memenuhi obsesinya terhadap fesyen.
“Saya memastikan saya memiliki sehelai baju bagi setiap jenama yang saya jual di FV. Bagi saya, rekaan tempatan juga berkualiti dan cantik digayakan tetapi kebanyakannya tidak mempunyai medium untuk memperkenalkan jenama mereka.
“Tetapi, saya masih bersikap selektif dalam memilih rekaan yang menyertai FV. Saya memilih rekaan yang relevan untuk dipakai, sederhana dan tidak keterlaluan. Wawa menjadi orang penting dalam tugas ini kerana kami sering bertukar pendapat,” katanya.
Keseronokan Vivy berganda apabila dapat berkongsi minatnya dengan ramai pengikut blognya. Vivy menggunakan platform tersebut bagi menggayakan jenama kegemarannya. Antaranya termasuklah Jas.C, Mimpikita, Sister Margaritta dan PU3.


HIMPUNAN rantai dijual pada harga yang berpatutan.



Koleksi PU3 antara jenama tempatan yang pantas memikat pencinta fesyen di Malaysia. Ia diasaskan sejak lima tahun oleh pasangan kembar Putri Azalea Ashram Ramli, 29 dan Putri Yasmin. Butik PU3 yang beroperasi di gedung The Curve, Damansara, Petaling Jaya, Selangor, bukan sahaja menawarkan koleksi aksesori yang ideal buat golongan muda malah turut menyediakan seleksi busana kasual, dres dan pakaian tradisional baju kurung dan kurung moden.
Sementara itu, butik MimpiKita pula digerakkan oleh tiga adik-beradik yang bercita-cita besar dalam bidang fesyen iaitu Nurul Zulkifli, 27, Amirah, 24, dan Syahira, 29. Bermula dengan perniagaan menerusi laman blog pada bulan Mei tiga tahun lalu, ketiga-tiga anak kelahiran Johor Bahru, Johor itu mampu tersenyum puas apabila berjaya membuka butik MimpiKita di Bangsar, Kuala Lumpur.
Menariknya koleksi beg tangan, pakaian dan aksesori yang ditawarkan di butik MimpiKita begitu eksklusif kerana rekaannya merupakan ilham mereka bertiga. Atas faktor tersebut, label MimpiKita sering menjadi pilihan selebriti tempatan.

Tampil sederhana
Pada masa yang sama, kesemua itu menarik minat Vivy untuk menawarkan produk jenama berkenaan dalam laman webnya, FashionValet.net.
“Walaupun menggemari fesyen dan suka berfesyen, saya masih mengekalkan penampilan sederhana dan feminin. Saya juga mempunyai peraturan dalam berpakaian iaitu tidak memakai baju tanpa lengan atau skirt pendek.
“Imej sopan sudah sebati dengan diri saya,” katanya yang menggemari kaftan.
Dalam pada itu katanya, melalui FV dia mahu memperkenalkan pereka tempatan ke mata dunia dan mahu pengguna Malaysia membuka mata kepada hasil rekaan tempatan.
“Ketika ini, hasil rekaan tempatan di FV telah menembusi Brunei, Singapura, UK, Jerman, Indonesia dan Bangladesh selain Malaysia.


WANITA tempatan kini berpeluang tampil santai, funky, moden dan ranggi dengan koleksi pakaian yang ditawarkan dalam FashionValet.net.



“Ini membuktikan masyarakat luar juga menghargai rekaan fesyen tempatan. Dengan sambutan yang baik, tidak mustahil suatu hari nanti FV juga akan menjadi hab fesyen Asia yang mengetengahkan jenama-jenama Asia,” katanya.
Bagaimanapun, kesibukan Vivy tidak menghalangnya memberikan tumpuan kepada kedua-dua perniagaan yang dijalankan ketika ini.
“Pejabat bapa saya terletak berhampiran pejabat FV di Plaza Damansara. Oleh itu, saya dapat memberikan perhatian kepada kedua-duanya tanpa masalah.
“Saya juga bertuah kerana keluarga menyokong sepenuhnya perniagaan fesyen yang saya jalankan ini,” katanya.
Mengakui terlalu sibuk mengembangkan kerjaya dan fesyen, Vivy tidak akan melupakan maskaranya setiap kali keluar rumah walaupun terpaksa berkejar ke sana ke mari.
“Alat solek yang paling penting bagi saya ialah maskara. Tetapi, saya tidak boros membeli alat solek, cukuplah satu maskara berjenama Dior yang menjadi kegemaran saya sejak dulu.
“Saya juga jarang memakai gincu dan solekan nipis tetapi minum banyak air untuk wajah kekal segar walaupun tidak cukup tidur,” ujar gadis berbibir merah jambu ini.
Tambah Vivy, dia bersyukur kerana kulit wajahnya mudah dijaga dan tidak mempunyai masalah. Dia menggunakan pembersih wajah jenama Simple dan pelembap wajah berjenama Olay.
“Kedua-dua produk ini saya gunakan selepas mengiklankannya di blog. Saya diberi sebulan tempoh percubaan menggunakan produk ini dan ia serasi dengan kulit saya,” ujar Vivy menutup bicara.

Ami Schaheera

Profil Usahawan Pilihan


Ami Schaheera is a fashion blogger and entrepreneur which battling her cancer. She currently working as a Senior Engineer at Sony but on 17th May 2010 she was diagnosed with leukemia and constantly on medical leave. In the time between, she made up to create her own brand 'Schanaz' after all. Besides that, she also owning her own company, Urban Retro Enterprise. She also part of The Shoplifters and The Scarflets team.

Official Website : http://shop.sptnkswthrt.com/
Featured : http://ami.sptnkswthrt.com/p/featured-in_29.html

Wednesday, 15 February 2012

Tengku Arman Harris Tengku Ismail

Profil Usahawan Pilihan


Article Published : Friday,November 14th 2008, Bernama.
Company Name : Anas Butik
Consumer Goods Field : Clothes.



Kecacatan bukan penghalang untuk Tengku Anas untuk berjaya

Golongan orang kurang upaya (OKU) kini bukan sahaja mampu menonjolkan kejayaan mereka sebagai penjawat awam malahan dalam bidang keusahawanan.

Golongan ini dilihat begitu gigih serta memiliki kesabaran yang tinggi apabila menceburi satu-satu bidang, seolah-olah kecacatan bukan penghalang untuk mengecapi kejayaan.

Bagi Tengku Arman Harris Tengku Ismail, 36, yang cacat pendengaran, kegigihan dan ketabahannya menjadikan beliau antara usahawan OKU yang berjaya dalam perusahaan membuat batik sutera di Terengganu.

Menceritakan pengalaman sebelum menceburi perusahan berkenaan sejak 10 tahun lepas, beliau mula bekerja sebagai pengimpal di sebuah bengkel kenderaan di Kuala Lumpur pada 1990 selepas menamatkan persekolahan di Sekolah Menengah Pendidikan Khas di Pulau Pinang dan Sekolah Menengah Vokasional di Shah Alam, Selangor.

Setahun selepas bekerja di ibu kota, beliau yang merupakan anak sulung daripada enam beradik terpaksa pulang ke Terengganu untuk mengambilalih tugas sebagai ketua keluarga selepas kematian bapanya, yang terkorban dalam nahas jalan raya.

TIMBA ILMU

Mengimbas pengalamannya dalam industri pembuatan batik sutera, Tengku Arman mula bekerja di kilang Romi Batik di Chendering di sini, pada 1991 serta sebuah syarikat batik di Batu Burok, selama beberapa tahun sebelum membuka syarikatnya sendiri.

Menurut ibunya, Wan Zaitun Wan Mansur, 59, semasa bekerja di dua tempat berkenaan, Tengku Arman mempelajari pelbagai cara pembuatan batik sehingga 1996 sebelum membuka sendiri syarikatnya iaitu Arman Batik di rumahnya di Kampung Tebauk di sini.

Zaiton, yang merupakan jurubahasa isyarat anaknya, berkata dengan keazaman untuk berjaya dalam industri tersebut, Tengku Arman mendirikan sebuah bangsal berhampiran rumahnya, dengan mengusahakan pembuatan batik secara kecil-kecilan. Berbekalkan bakat dan kebolehan anaknya, beliau berkata Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Terengganu telah memberi bantuan kewangan sebanyak RM2,000 kepada Tengku Arman untuk mengembangkan perusahaannya.

Beliau berkata, setelah perusahaan anaknya itu menampakkan kejayaan, Tengku Arman memohon pinjaman sebanyak RM20,000 daripada Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan perusahaannya bertambah maju sehingga mampu membayar balik pinjaman dalam tempoh yang singkat.

DUA KEDAI BATIK

"Saya rasa puas apabila Tengku Arman dapat menyelesaikan pinjaman Mara dalam tempoh yang singkat kerana ia memberi keyakinan kepada Mara untuk memberi pinjaman kepada golongan sepertinya pada masa akan datang.

"Ini kerana, agak sukar bagi golongan OKU untuk menceburi bidang perniagaan kerana terdapat segelintir masyarakat yang memandang serong terhadap mereka," kata Wan Zaitun.

Tengku Arman berkata selain dibantu isterinya, Azizah Md Yassin, 32, yang juga cacat pendengaran, beliau mempunyai tiga pekerja bagi membantunya mencating kain-kain batik.

Atas usaha gigihnya, Tengku Arman kini boleh berbangga kerana memiliki dua buah kedai batik sutera iaitu "Anas Butik" di Subang Jaya, yang diurus oleh diknya. Katanya, beliau menghasilkan kain-kain batik sutera dengan dua kaedah iaitu melalui blok serta mencating dan ia dijual antara RM200 dan RM400 sepasang.

TOKOH OKU

"Gerai musim perayaan, saya akan mengambil ruang di Subang Parade untuk menjual kain-kain batik sutera saya dan alhamdulillah, sambutan yang diterima sangat baik," katanya.

Tengku Arman yang mendirikan rumahtangga dengan Azizah sejak tiga tahun lepas dan belum dikurniakan cahaya mata, berkata beliau sering berulang-alik ke Kuala Lumpur untuk menghantar kain-kain batik sutera yang dihasilkannya.

Katanya, beliau berhasrat untuk memperluaskan lagi perniagaannya dan bercita-cita untuk membuka sebuah kedai di sini, tidak lama lagi.

Kesungguhan Tengku Arman dalam industri itu mendapat pengiktirafan dan beliau merupakan Presiden Persatuan Kebajikan Orang Cacat Pendengaran Terengganu (PKOCPT) yang pertama sejak ia ditubuhkan pada 2001.

PKOCPT mencapai kegemilangan di bawah kepimpinan Tengku Arman apabila diiktiraf sebagai persatuan OKU terbaik Terengganu sempena Hari Orang Kurang Upaya peringkat negeri anjuran JKM pada 2003.

Kebolehan dan pencapaian Tengku Arman itu juga telah melayakkan beliau menerima pengiktirafan termasuk sebagai Tokoh OKU Bahagian Ekonomi pada 2007 dan Tokoh OKU Keseluruhan pada 2005.

-- BERNAMA
http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php?id=335520

Lawa-Lawa Boutique

Profil Usahawan Pilihan


Boutique : Lawa Lawalah Enterprise
Location : 13A-2A, Ukay Boulevard, Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2), Hulu Kelang, 68000 Ampang, Selangor
Official Website : http://lawalawa.my/index.php

Jezmine Zaidan

Profil Usahawan Pilihan


Boutique : The Old Blossom Box Store
Location : No 309, Blok 2, Laman Seri Business Park, Seksyen 13, Shah Alam, Selangor.
Official Website : http://www.oldblossombox.blogspot.com/
Featured : Eh Magazine

Hana Tajima

Profil Usahawan Pilihan


Her name is Hana Tajima-Simpson. She's 23, with a Japanese father and English mother. She have a pretty mixed background, both her parents are artists, so she grew up in a really creative environment. She didn't study fashion for that long, and although she's a self-confessed geek she never really got along with formal education. She didn't want to lose her love of designing, so she left the fashion course she was on. It's less of a contradiction than it sounds! Today a brand new fashion line has been launched called Maysaa and it’s simply exquisite.

Official Website : http://www.my.maysaa.com

Yunalis Zarai

Profil Usahawan Pilihan
 
Boutique : iamjetfuelshop
Location : 23-1, SS15/8B, SUBANG JAYA, SELANGOR, Malaysia

Yunalis Zarai (born November 14, 1986 in Alor Setar, Kedah, Malaysia) or commercially known as Yuna, a Malaysian singer-songwriter. Yuna is conquering Malaysia with her acoustic guitar and winning folk pop tunes – enchanting listeners with the gentle warble in her voice, a flair for old-timey pop songcraft, a bit of Feist’s soul and subtlety, and Mirah’s warmth. While being active in the music scene, Yuna was also a law student at Universiti Teknologi MARA in Shah Alam, Malaysia. In 2009, she completed her undergraduate degree as a Bachelor of Legal Studies (Hons.).  In additon to her making awesome music,  she also owns her boutique name iamjetfuelshop. 



Rina Salleh

Profil Usahawan Pilihan


Boutique : Rina Salleh Collection
Location : No 44, Jalan PU 7/3, Puchong Utama, 47140 Puchong, Malaysia
Official Website : http://www.rinasalleh.com
Featured : Berita Harian

Tuesday, 14 February 2012

Vivy Yusof

Profil Usahawan Pilihan

Company : Fashion Valet
Official Website : fashionvalet.net

Vivy Yusof
Gadis yang dilahirkan di Kajang, Selangor yang baru menjangkau usia 23 tahun punya visi dan pandangan yang tidak mungkin mampu difikirkan anak tempatan lain. Bermula dengan sekadar perbincangan bersama rakannya ketika mengambung pengajian di London, akhirnya membuahkan satu pencapaian yang saya kira luar biasa di negara ini. Laman web Fashion Valet sememangnya sinonim dengan pemiliknya, Vivy Yusof. Biarpun latar belakang pembelajarannya tidak sedikitpun berkait rapat dengan bidang fesyen, namun atas dasar cinta terhadap bidang itu, Vivy cuba mencari jalan untuk mendekatkan lagi diri dengannya.
“Kami tidak berupaya menjadi pereka fesyen kerana tidak berbakat. Maka, kami memilih untuk mencari bakat itu dengan menawarkan kepada pereka tempatan supaya memasarkan koleksi mereka menerusi laman web yang kami cipta. Saya bersyukur, decision ini benar-benar memberikan kesan yang amat positif.”
“Bayangkan, kita punya ramai pereka tempatan yang berbakat dan kreatif tetapi mengikut pemerhatian saya, perhatian kurang ditumpukan kepada golongan ini. Walhal, kualiti dan tahap rekaan mereka adalah setanding hasil pereka antarabangsa. Paling menguntungkan, koleksi pereka tempatan lebih sesuai untuk digayakan di negara ini disebabkan budayanya. Berbanding pereka antarabangsa terutama di Barat, adakalanya sukar untuk dipakai di sini sama ada disebabkan ciri rekaannya atau kesesuaian mengikut cuaca.” Tambahnya, jumlah pelawat laman web juga semakin bertambah dari masa ke semasa. Begitu juga dengan jualan yang turut semakin banyak diterima. “Kami menerima hingga 50 tempahan dalam tempoh sehari dan angka itu saya kira amat memberangsangkan kerana ini membuktikan keupayaan kami sebagai pihak yang memasarkan koleksi pereka tempatan. It’s amazing!”

Puteri Azalea Ramli dan Puteri Yasmin Ramli

Jika anda pernah mengunjungi butik Pu3 yang terletak di The Curve, Damansara, pastinya akan berasa kagum kerana kesemua koleksi yang dijual adalah hasil titik peluh ilham dan kebijaksanaan pasangan kembar ini. Mereka yang juga graduan universiti yang berbeza di London berhasrat untuk menakluki bidang fesyen tempatan dan kini mahu membina nama di peringkat antarabangsa. Berbeza umur hanya kira-kira tujuh minit, Puteri Azalea Ramli dan Puteri Yasmin Ramli bukan calang-calang wanita muda. Mereka sentiasa memikirkan cara untuk mengetengahkan ilham fesyen secara revolusi selain penggayaan yang moden namun selesa untuk dipakai.

“Kami akui, adakalanya jualan begitu mendadak dan adakalanya jualan tidak begitu memberangsangkan. Mungkin disebabkan tahap ekonomi yang tidak cukup kukuh hingga mengganggu corak perbelanjaan umum. Keadaan ini sebenarnya menguatkan lagi azam kami untuk terus berada di sini dan melahirkan koleksi mengikut pandangan peribadi juga karakter kami.”

“Berbanding saya, Yasmin lebih bijak menghasilkan rekaan yang out of the box dan penuh dengan idea yang moden dan unik,” jawab Azalea ketika ditanyakan pendapat mengenai adiknya. Sementara Yasmin pula berkata,”Saya sebenarnya tidak sangka kakak saya juga berbakat dalam mereka fesyen kerana jurusan pengajiannya tidak langsung berhubung kait dengan bidang fesyen berbanding saya yang lahir sebagai graduan dalam bidang itu sendiri. She’s brilliant.”

Izrin Ismail

Profil Usahawan Pilihan
 
Izrin Ismail
 
Pengasas
Innai



Sumber: Harian Metro

UMURNYA baru mencecah 27 tahun tahun, tetapi Izrin Ismail sudah berada selangkah di depan rakan seusia dengannya.

Biarpun sudah mempunyai tiga jenama fesyen dan dua rangkaian butik sendiri, wanita kecil molek ini tetap merendah diri dan menganggap dia masih bertatih dalam perniagaan berkenaan.

Mengenali usahawan wanita yang berasal dari ibu negara ini memang menyeronokkan kerana dia sememangnya mempunyai visi dan idea sendiri untuk memajukan lagi jenama Innai yang diusahakan sejak enam tahun lalu.

Walaupun tidak mewarnai pentas peragaan minggu fesyen tempatan seperti jenama popular lain, Izrin mengakui label berkenaan kini sudah memiliki kelompok peminat tersendiri.

Menurutnya, Innai sememangnya sinonim dengan rekaan batik kontemporari terutama kaftan serta baju labuh yang cukup elegan untuk digayakan sama ada ketika bersantai atau menghadiri majlis formal.

Dia berkata, dulu golongan muda kurang menggemari motif batik kerana menganggap ia kurang nilai komersial dan hanya sesuai untuk orang tua.

Namun kini, kata Izrin, golongan muda terutama wanita bawah usia 30 tahun sudah semakin terbuka menerima batik dan tidak segan silu untuk menggayakan fesyen berkenaan.

Tambah Izrin, dia sendiri amat menggemari fesyen berasaskan batik dan bangga menggayakan rekaan itu di majlis yang dihadirinya.

"Saya berasa bangga melihat wanita muda bergaya dengan fesyen batik kerana ia melambangkan motif warisan yang kini semakin diterima ramai.

"Batik hari ini sudah mengalami banyak revolusi terutama dari segi teknik lukisan, kepelbagaian corak serta rekaan busana itu sendiri.

"Ia menjadikan batik semakin berharga dan lebih komersial nilainya untuk dibawa ke pasaran dunia," katanya yang bangga kerana dapat mengeluarkan produk 100 peratus buatan Malaysia.

Tambah Izrin lagi, dia juga mengikut rombongan perdagangan Kraftangan dan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) ke luar negara bagi mencari peluang untuk meluaskan perniagaannya pada masa depan.

Isteri kesayangan Mikhail Low Abdullah ini berkata, peluang meneroka pasaran di luar negara sedikit sebanyak membuka mindanya mengenai tahap permintaan fesyen di Barat.

Izrin turut menyertai Minggu Fesyen Australia tahun lalu dan September ini, dia akan berangkat ke Paris bagi menyertai acara Who´s Next yang menghimpunkan pereka muda dari seluruh dunia.

"Masyarakat Barat dilihat boleh menerima fesyen bermotifkan batik, tetapi rekaan pilihan mereka lebih kepada gaya resort dan santai seperti pario atau skirt.

"Bukan mudah untuk menarik minat pembeli fesyen di Barat kerana kita perlu menyediakan rekaan yang sesuai dengan gaya hidup dan suasana kehidupan mereka.

"Kebanyakan mereka menggemari rekaan dengan rona pastel atau lembut dan jika mahu menjual rekaan di sana, itulah beberapa kriteria yang perlu kita utamakan," katanya.

Mengulas pengenalan dua label baru iaitu Nur Innai dan Baharim, Izrin berkata kemunculan label itu tidak menggugat jenama sedia ada kerana kedua-duanya tampil dengan koleksi berbeza.

Jelasnya, Nur Innai bukan hanya memfokuskan kepada fesyen busana Muslimah, tetapi turut mengeluarkan buku Islam dalam bahasa Inggeris.

Baharim pula adalah label Pengurus Kreatifnya, Syaiful Baharim, yang tampil dengan koleksi busana anggun untuk wanita moden hari ini.

Biarpun sudah mempunyai label yang kukuh, wanita ini tetap enggan menyertai pentas peragaan fesyen tempatan kerana dia lebih selesa untuk memberi tumpuan kepada peranannya sebagai pengusaha fesyen dan bukannya pereka.

Dalam pada itu, biarpun sibuk menguruskan perniagaan, Izrin mengakui dia tidak pernah mengabaikan rumah tangganya yang baru dua tahun dibina dengan usahawan bidang pengiklanan kreatif, Mikhail.

Menurut Izrin, biar sesibuk manapun jadual kerja, dia dan suami sedaya upaya mencari masa untuk bersama dengan melakukan aktiviti kegemaran mereka seperti melancong.

Dua bulan sekali mereka akan mencuri sedikit masa untuk bercuti bersama di pusat peranginan di dalam negara dan jika mempunyai masa yang agak terluang barulah melancong ke luar negara.

Katanya, dia juga berasa bertuah kerana dipertemukan dengan lelaki seperti Mikhail kerana suaminya itu juga seorang teman yang sentiasa di sisinya di saat susah dan senang.

"Boleh dikatakan suami membantu hampir 30 peratus urusan perniagaan saya terutama yang berkaitan aspek kreatif seperti reka bentuk katalog, hiasan serta risalah media.

"Suami seorang yang sangat memahami serta boleh dibawa berbincang dan dengan sokongannya serta keluarga, saya semakin yakin untuk mengembangkan perniagaan ini ke peringkat yang lebih tinggi.

"Harapan saya, semoga suatu hari nanti dapat membuka cawangan Innai di luar negara, sekali gus membawa fesyen batikini di persada dunia," katanya yang turut merancang

Sunday, 11 December 2011

Wan Mohd. Ariffin Wan Long

Profil Usahawan Pilihan



BIODATA

NAMA : Wan Mohd. Ariffin Wan Long
USIA : 50 tahun
ASAL : kampung Tanjung, Kuala Terengganu
JAWATAN : Pengerusi Eksekutif & Pengurus Besar Noor Arfa Batek Sdn. Bhd.
ISTERI : Puan Noor Hijerah Hanafiah
PENCAPAIAN : Anugerah Usahawan Cemerlang (Kategori Perkhidmatan Tekstil) 2011 oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah

Pengasas Noor Arfa Batik, Wan Mohamed Ariffin Wan Long berjinak dengan batik semasa menjadi pembantu makmal di Kraftangan Malaysia pada tahun 1970an. Dengan sedikit pengalaman dan dikuatkan dengan minatnya yang mendalam di bidangperniagaan, Wan Mohamed Ariffin, 50, meletak jawatan untuk menceburi perniagaan batik bertapak di Kuala Terengganu, negeri yang mengasaskan industri batik negara, untuk membina Noor Arfa Batik Sdn Bhd.

Beliau memulakannya secara kecil-kecilan di rumah dengan bermodalkan simpanan RM1,000 dan pinjaman Mara sebanyak RM5,000 bersama isterinya, Noor Hijerah Hanafiah.
Selepas 26 tahun, tuan punya syarikat Noor Arfa Batik itu kini mempunyai sebuah kilang batik di Kawasan Perindustrian Cenderiang, Terengganu dengan 200 orang pekerja, mengeluarkan 150 produk batik.

Noor Arfa Batik kini mempunyai enam cawangan di seluruh negara iaitu dua di Kuala Lumpur, dua di Terengganu, masing-masing satu di Selangor dan Kedah.
Keunikan batik Noor Arfa ialah dari segi corak, rekaan dan pembuatannya terutama batik lukisan tangan yang menggunakan canting.

Keluaran batik Noor Arfa bukan sahaja diminati orang ramai dan pelancong, dengan rekaan corak terbarunya sering mendapat perhatian media fesyen, tetapi turut menjadi tumpuan selebriti tempatan seperti Siti Nurhaliza dan Erra Fazira, katanya.

Produk Noor Arfa batik ialah dalam bentuk lukisan tangan dan cetakan yang menghasilkan kain fabrik, pakaian lelaki dan perempuan serta cenderamata. Wan Mohamed Ariffin bangga keyakinannya terhadap perusahaan batik ternyata tidak silap sehingga kekal berjaya hingga kini dan ditambah pula dengan keluaran batik kembali popular dan diiktiraf negara.

Malah dengan perkembagan teknologi, sejak 10 tahun lepas syarikat itu menggunakan laman webnya, www.noor-arfa.com untuk mengembangkan pasaran ke luar negara, katanya. Atas daya usahanya, Wan Mohamed Ariffin semalam dipilih sebagai pemenang pertama dua anugerah Mara — Anugerah Usahawan Cemerlang dan Anugerah Usahawan Berjaya.

Tuesday, 22 November 2011

Mohd. Farhan Sabli

Profil Usahawan Pilihan

Sumber : January 5th 2011, Utusan Malaysia.
Syarikat : Lanbaharin Boutique.




Pilihan untuk lelaki

APABILA berbicara tentang fesyen, sering kali wanita akan dikaitkan dalam perkara ini dan biasanya hanya wanita sahaja yang dikatakan arif tentang fesyen.

Seiring dengan zaman kemajuan teknologi, lelaki pada masa kini juga tidak ketinggalan dalam berfesyen dan tidak kurang juga yang berani bermain dengan warna apabila mengenakan pakaian.

Bagi kaum lelaki yang inginkan kelainan dalam berfesyen, butik Lan Baharin mungkin dapat memenuhi cita rasa mereka.

Menggunakan khidmat pereka sendiri, pakaian lelaki di butik ini mencipta kelainan tersendiri dengan menghasilkan rekaan corak mengikut kehendak pelanggan

Menurut pengurus butik Lan Baharin, Mohd. Farhan Sabli, fabrik yang biasa digunakan di butik tersebut adalah daripada jenis linen sama ada yang diimport ataupun daripada pasaran tempatan.

"Kami mengutamakan fabrik yang bermutu tinggi seperti linen dan pakaian yang dihasilkan juga lebih kepada konsep kasual dan formal.

"Pakaian yang dihasilkan di sini juga adalah daripada idea kami sendiri dan kami menggunakan lima tukang jahit bagi merealisasikannya," katanya.

Antara pakaian lelaki yang dihasilkan butik ini adalah kemeja linen lengan panjang bercorak.

Kemeja ini sesuai dipakai untuk majlis-majlis formal dan bagi mereka yang sukakan warna, kemeja ini mungkin akan menjadi pilihan utama.

Kemeja linen lengan pendek bercorak jam tangan juga sesuai digayakan sama ada di majlis formal ataupun kasual.

Kemeja jenis abstrak sebegini sentiasa menjadi tumpuan golongan lelaki matang yang sentiasa inginkan kelainan.

Menurut Farhan, corak abstrak pada setiap baju biasanya sangat rumit dilakukan dan ia memakan masa yang agak lama iaitu tiga hingga empat hari untuk disiapkan.

"Biasanya corak abstrak sebegini lebih sesuai digunakan untuk majlis formal seperti makan malam dan majlis rasmi.

"Pelanggan kebanyakannya lebih sukakan corak abstrak yang kelihatan eksklusif. Ada juga pelanggan yang inginkan corak abstrak mengikut cita rasa mereka sendiri," jelasnya.

Kemeja lengan pendek viscose mungkin akan menjadi pilihan bagi yang gemarkan gaya kasual dan santai. Kemeja tanpa corak ini sesuai digayakan dengan jeans dan membuatkan si pemakai kelihatan bergaya walaupun dalam keadaan santai.

Rekaan fesyen ala-kurta pula khusus untuk menonjolkan ciri-ciri seperti fesyen baju Melayu. Biasanya rekaan ini lebih digemari pelanggan lantaran potongan yang berkonsepkan islamik dan sesuai digayakan ke majlis yang lebih kasual.

Butik Lan Baharin bukan sahaja menyediakan pakaian untuk golongan lelaki, bahkan pakaian dan aksesori wanita juga tidak ketinggalan seperti kasut dan beg tangan. Harga yang ditawarkan di butik berkenaan juga amat berpatutan iaitu dalam lingkungan RM100-RM300 sahaja.

Kepada mereka yang berminat dengan fesyen yang ditonjolkan oleh butik Lan Baharin, anda boleh berkunjung sendiri ke butik tersebut di lot 80, Jln. Burhanuddin Helmi, Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur.

-Utusan Malaysia
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0105&pub=Utusan_Malaysia&sec=Keluarga&pg=ke_02.htm

Monday, 14 November 2011

Jaslen Kaur

Pn. Jaslen Kaur (Usahawan Tekstil)
Pengarah Eksekutif Kumpulan EUROMODA)

 


Sumber:  MAJALAH WANITA, APRIL 2010