Pages

Wednesday 29 February 2012

Saiful Nang

Kisah Jutawan Fotografi Saiful Nang

Klik untuk download Majalah Niaga Edisi 18


Untuk makluman semua, kami telah berjaya menemuramah seorang usahawan terkenal dalam industri fotografi tanah air, iaitu tuan Saiful Nang. Kami mengambil keputusan untuk memilih beliau untuk diketengahkan pada edisi 18 disebabkan ingin meluaskan lagi skop keusahawanan serta menarik pembaca di kalangan jurugambar-jurugambar di Malaysia.


Siapa Sebenarnya Saiful Nang?
Saiful Nang merupakan seorang jurugambar profesional yang terkenal serta mempunyai pengaruh cukup besar dalam kalangan jurugambar-jurugambar di Malaysia. Beliau juga pernah dianugerahkan oleh Mediacorp Asia sebagai salah seorang jurugambar terbaik Asia, serta disenaraikan oleh Dewan Ekonomi sebagai 20 usahawan berjaya dan paling kreatif di Malaysia.


Malahan beliau terus mengukir satu demi satu kejayaan apabila tersenarai dalam TOP 10 MALAYSIAN, sebaris dengan individu-individu yang merupakan nama besar dalam Malaysia termasuk Datuk Lee Chong Wei, Tan Sri Anthony Fernandes dan Datuk Misbun Sidek.


Kejayaan beliau mula terukir apabila berjaya membawa jenama Candid Syndrome ke persada dunia. Jenama Candidsyndrome kini bukan lagi nama biasa di negara seperti Indonesia, Brunei, Sweden dan juga Singapura.
Beliau juga terkenal sebagai individu yang berjuang untuk memartabatkan kerjaya fotografi supaya lebih hebat dan dipandang tinggi di dunia. Selain daripada mengetuai jenama Candid Syndrome, beliau juga membangun akademi fotografi sendiri, yang diberi nama SNAP (Saiful Nang Academy of Photography) dan telah melatih lebih 30,000 jurugambar di Malaysia.

No comments:

Post a Comment