Jeruk Pak Ali 'Jeruk Madu Penang Mali' tembusi pasaran luar. JERUK siap dibungkus di kilang Jeruk Madu di Simpang Ampat, Nibong Tebal, Pulau Pinang, semalam. Mempelam, kelubi, cermai, pala, rokam dan buah salak tidak berharga di kampung-kampung tetapi buah-buahan tempatan itu jika dikomersialkan dan dijadikan jeruk mampu menjana ekonomi penduduk setempat. Bagi anak kampung bernama Ali Omar, 67, kekurangan yang ada pada dirinya kerana buta huruf tidak menjadi halangan baginya bergelar usahawan Melayu yang berjaya membekalkan dan mengeksport jeruk bukan sahaja untuk pasaran dalam negara tetapi sehingga ke Afrika Selatan, England dan Arab Saudi.
Mengimbau kenangan silam, Pak Ali berkata, perusahaan jeruk yang diusahakannya sudah mencapai usia suku abad, bermula dengan modal RM15,000, hari ini, perusahaan jeruk madunya itu mempunyai modal pusingan lebih RM300,000. Pak Ali berkata, perusahaan menghasilkan jeruk madu itu dilakukan di bawah label syarikatnya, Kunci Kreatif, sesuai dengan ciri-ciri kreativiti yang ada dalam diri anak jati Sungai Ara, Pulau Pinang itu. ''Memang benar saya buta huruf tetapi saya boleh menguasai bahasa Inggeris, Jepun, Tamil dan dialek Hokkien secara lisan disebabkan pergaulan dan persekitaran," katanya ketika ditemui di kilangnya yang terletak di kawasan IKS Tasek, Simpang Ampat di sini, baru-baru ini.
Pak Ali berkata, idea untuk menghasilkan jeruk madu bermula secara kecil-kecilan iaitu di halaman belakang rumah. Kemudian, katanya, setelah bertemu dengan pegawai Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda) yang menggalakkannya mengkomersialkan perniagaan kampung itu, kini jeruk madu yang dihasilkan berjaya menembusi pasaran luar. Beliau berkata, setelah melangkah lebih jauh dalam dunia perniagaan, jeruk yang dihasilkan memerlukan buah-buahan mentah yang dipajak terus dari ladang-ladang khususnya ladang mempelam sala di Perlis.
Pak Ali berkata, jumlah keluasan ladang pajakan untuk membekalkan buah-buah bagi dijadikan jeruk adalah seluas 20 hektar. Katanya, perusahaan jeruk madunya itu turut membantu 30 ibu tunggal yang tinggal di Kampung Cempedak sekitar Tasek Gelugor, menambah pendapatan mereka. Beliau berkata, setiap individu yang mengupas kulit buah mempelam, akan menerima upah RM30 sehari kerana setiap hari beliau memerlukan kira-kira 10 kilogram (kg) buah mempelam yang telah dikupas kulitnya. ''Sebenarnya menghasilkan jeruk ini perlu mementingkan kesihatan pemakannya kerana jika kita memasukkan sodium bonzaid secara berlebihan, itu akan menimbulkan masalah. ''Ia boleh menyebabkan penyakit kanser dan buasir. Justeru, adalah amat penting kita menggunakan sukatan yang tepat iaitu untuk 10 liter air, hanya 30 gram sodium bonzaid yang boleh dicampurkan," katanya. Pak Ali berkata, beliau berani memberi jaminan sesiapa yang makan Jeruk Madu Penang Mali yang dihasilkannya tidak akan batuk kerana jeruk yang rendah kualitinya akan menyebabkan seseorang itu batuk apabila memakannya. Ketika ditanya sampai bila beliau akan menghasilkan jeruk, Pak Ali berkata, "sudah semestinya perusahaan dan kilang ini akan saya serahkan sepenuhnya kepada anak sulung saya, Alias, 36, sebagai pengganti saya". Rasa sedap, harga berpatutan
PARA pekerja memproses salah satu produk jeruk madu yang diusahakan di kawasan perindustrian Simpang Ampat, Nibong Tebal, Pulau Pinang. NIBONG TEBAL 18 Nov. - Orang selalu kata, menjadi satu kerugian jika pergi ke Pulau Pinang tetapi terlepas menikmati jeruk buah, makanan yang sudah menjadi antara identiti negeri Pulau Mutiara itu sejak dulu lagi. Tidak hairanlah, makanan itu sering dicari pelawat untuk dijadikan oleh-oleh untuk dibawa pulang setiap kali mengunjungi negeri ini. Daripada jeruk buah pala, kelubi, cermai, pala, rokam, mangga sehinggalah kedondong dan ceri, jeruk Pulau Pinang sangat diminati bukan sahaja kerana kelazatannya tetapi juga harga yang berpatutan. Tetapi ramai tidak menyedari bahawa hampir 100 peratus peniaga yang menghasilkan produk makanan ini adalah dari kaum lain walaupun majoriti yang meminatinya merupakan orang Melayu. Menyedari hakikat itu, seorang anak kampung, Ali Omar, 67, membuka perniagaan menghasilkan jeruk madu sejak lebih 15 tahun lalu yang ketika itu dijalankan di halaman rumahnya secara kecil-kecilan.
Terkenal dengan nama jolokan Pak Ali, anak jati Kampung Sungai Ara, Pulau Pinang itu kemudiannya mengkomersilkan perniagaan dengan bimbingan Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda). Malah, tiada siapa menyangka, Pak Ali yang buta huruf mampu mencipta nama dalam industri tersebut dengan mengeksport jeruk keluarannya ke luar negara termasuk Afrika Selatan, England dan Arab Saudi. ''Memang benar saya buta huruf tetapi saya boleh menguasai bahasa Inggeris, Jepun, Tamil dan dialek Hokkien secara lisan disebabkan pergaulan dan persekitaran. ''Saya gunakan kelebihan membatasi kekurangan diri kerana saya selalu berpegang kepada prinsip bahawa kita boleh pergi jauh jika betul-betul mahu berjaya," katanya ketika ditemui di kilang perusahaan jeruk miliknya di Simpang Ampat di sini baru-baru ini.
Bercerita mengenai 'Jeruk Madu Penang Mali' yang diusahakannya, Pak Ali berkata, semua jeruk yang dihasilkan merupakan buah-buahan mentah yang dipajak terus dari ladang khususnya ladang mempelam sala di Perlis. Pak Ali berkata, jumlah keluasan ladang pajakan untuk membekalkan buah-buah segar untuk dijadikan jeruk adalah seluas kira-kira 20 hektar. Ditanya mengenai keistimewaan produk makanan yang diusahakannya itu, Pak Ali memberitahu, jeruk keluarannya tidak menyebabkan seseorang batuk seperti jeruk lain yang terdapat di pasaran. ''Sebenarnya penghasilan jeruk perlu menitikberatkan soal kesihatan juga kerana jika kita memasukkan sodium bonzaid secara berlebihan, ia boleh mendatangkan mudarat. ''Selain boleh menyebabkan penyakit kanser, penggunaan bahan tersebut secara berlebihan juga boleh mengundang penyakit lain seperti buasir. Jadi, sukatan yang betul amat penting," tambah Pak Ali. Katanya, perusahaan jeruk madunya itu turut membantu 30 ibu tunggal yang tinggal di Kampung Cempedak sekitar Tasek Gelugor, dekat sini bagi menambah pendapatan mereka. Beliau memberitahu, setiap individu yang mengupas kulit buah mempelam, akan menerima upah RM30 sehari kerana setiap hari beliau memerlukan kira-kira 10 kilogram (kg) buah mempelam yang telah dikupas kulitnya. 'Jeruk Madu Penang Mali' tembusi pasaran luar JERUK siap dibungkus di kilang Jeruk Madu di Simpang Ampat, Nibong Tebal, Pulau Pinang
Mempelam, kelubi, cermai, pala, rokam dan buah salak tidak berharga di kampung-kampung tetapi buah-buahan tempatan itu jika dikomersialkan dan dijadikan jeruk mampu menjana ekonomi penduduk setempat. Bagi anak kampung bernama Ali Omar, 67, kekurangan yang ada pada dirinya kerana buta huruf tidak menjadi halangan baginya bergelar usahawan Melayu yang berjaya membekalkan dan mengeksport jeruk bukan sahaja untuk pasaran dalam negara tetapi sehingga ke Afrika Selatan, England dan Arab Saudi. Mengimbau kenangan silam, Pak Ali berkata, perusahaan jeruk yang diusahakannya sudah mencapai usia suku abad, bermula dengan modal RM15,000, hari ini, perusahaan jeruk madunya itu mempunyai modal pusingan lebih RM300,000.
Pak Ali berkata, perusahaan menghasilkan jeruk madu itu dilakukan di bawah label syarikatnya, Kunci Kreatif, sesuai dengan ciri-ciri kreativiti yang ada dalam diri anak jati Sungai Ara, Pulau Pinang itu. ''Memang benar saya buta huruf tetapi saya boleh menguasai bahasa Inggeris, Jepun, Tamil dan dialek Hokkien secara lisan disebabkan pergaulan dan persekitaran," katanya ketika ditemui di kilangnya yang terletak di kawasan IKS Tasek, Simpang Ampat di sini, baru-baru ini. Pak Ali berkata, idea untuk menghasilkan jeruk madu bermula secara kecil-kecilan iaitu di halaman belakang rumah. Kemudian, katanya, setelah bertemu dengan pegawai Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda) yang menggalakkannya mengkomersialkan perniagaan kampung itu, kini jeruk madu yang dihasilkan berjaya menembusi pasaran luar. Beliau berkata, setelah melangkah lebih jauh dalam dunia perniagaan, jeruk yang dihasilkan memerlukan buah-buahan mentah yang dipajak terus dari ladang-ladang khususnya ladang mempelam sala di Perlis. Pak Ali berkata, jumlah keluasan ladang pajakan untuk membekalkan buah-buah bagi dijadikan jeruk adalah seluas 20 hektar.
Katanya, perusahaan jeruk madunya itu turut membantu 30 ibu tunggal yang tinggal di Kampung Cempedak sekitar Tasek Gelugor, menambah pendapatan mereka. Beliau berkata, setiap individu yang mengupas kulit buah mempelam, akan menerima upah RM30 sehari kerana setiap hari beliau memerlukan kira-kira 10 kilogram (kg) buah mempelam yang telah dikupas kulitnya. ''Sebenarnya menghasilkan jeruk ini perlu mementingkan kesihatan pemakannya kerana jika kita memasukkan sodium bonzaid secara berlebihan, itu akan menimbulkan masalah. ''Ia boleh menyebabkan penyakit kanser dan buasir. Justeru, adalah amat penting kita menggunakan sukatan yang tepat iaitu untuk 10 liter air, hanya 30 gram sodium bonzaid yang boleh dicampurkan," katanya. Pak Ali berkata, beliau berani memberi jaminan sesiapa yang makan Jeruk Madu Penang Mali yang dihasilkannya tidak akan batuk kerana jeruk yang rendah kualitinya akan menyebabkan seseorang itu batuk apabila memakannya.
Ketika ditanya sampai bila beliau akan menghasilkan jeruk, Pak Ali berkata, "sudah semestinya perusahaan dan kilang ini akan saya serahkan sepenuhnya kepada anak sulung saya, Alias, 36, sebagai pengganti saya".
No comments:
Post a Comment