Profil Usahawan Pilihan | |
Izrin Ismail Pengasas Innai |
Sumber: Harian Metro
UMURNYA baru mencecah 27 tahun tahun, tetapi Izrin Ismail sudah berada selangkah di depan rakan seusia dengannya.
Biarpun sudah mempunyai tiga jenama fesyen dan dua rangkaian butik sendiri, wanita kecil molek ini tetap merendah diri dan menganggap dia masih bertatih dalam perniagaan berkenaan.
Mengenali usahawan wanita yang berasal dari ibu negara ini memang menyeronokkan kerana dia sememangnya mempunyai visi dan idea sendiri untuk memajukan lagi jenama Innai yang diusahakan sejak enam tahun lalu.
Walaupun tidak mewarnai pentas peragaan minggu fesyen tempatan seperti jenama popular lain, Izrin mengakui label berkenaan kini sudah memiliki kelompok peminat tersendiri.
Menurutnya, Innai sememangnya sinonim dengan rekaan batik kontemporari terutama kaftan serta baju labuh yang cukup elegan untuk digayakan sama ada ketika bersantai atau menghadiri majlis formal.
Dia berkata, dulu golongan muda kurang menggemari motif batik kerana menganggap ia kurang nilai komersial dan hanya sesuai untuk orang tua.
Namun kini, kata Izrin, golongan muda terutama wanita bawah usia 30 tahun sudah semakin terbuka menerima batik dan tidak segan silu untuk menggayakan fesyen berkenaan.
Tambah Izrin, dia sendiri amat menggemari fesyen berasaskan batik dan bangga menggayakan rekaan itu di majlis yang dihadirinya.
"Saya berasa bangga melihat wanita muda bergaya dengan fesyen batik kerana ia melambangkan motif warisan yang kini semakin diterima ramai.
"Batik hari ini sudah mengalami banyak revolusi terutama dari segi teknik lukisan, kepelbagaian corak serta rekaan busana itu sendiri.
"Ia menjadikan batik semakin berharga dan lebih komersial nilainya untuk dibawa ke pasaran dunia," katanya yang bangga kerana dapat mengeluarkan produk 100 peratus buatan Malaysia.
Tambah Izrin lagi, dia juga mengikut rombongan perdagangan Kraftangan dan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) ke luar negara bagi mencari peluang untuk meluaskan perniagaannya pada masa depan.
Isteri kesayangan Mikhail Low Abdullah ini berkata, peluang meneroka pasaran di luar negara sedikit sebanyak membuka mindanya mengenai tahap permintaan fesyen di Barat.
Izrin turut menyertai Minggu Fesyen Australia tahun lalu dan September ini, dia akan berangkat ke Paris bagi menyertai acara Who´s Next yang menghimpunkan pereka muda dari seluruh dunia.
"Masyarakat Barat dilihat boleh menerima fesyen bermotifkan batik, tetapi rekaan pilihan mereka lebih kepada gaya resort dan santai seperti pario atau skirt.
"Bukan mudah untuk menarik minat pembeli fesyen di Barat kerana kita perlu menyediakan rekaan yang sesuai dengan gaya hidup dan suasana kehidupan mereka.
"Kebanyakan mereka menggemari rekaan dengan rona pastel atau lembut dan jika mahu menjual rekaan di sana, itulah beberapa kriteria yang perlu kita utamakan," katanya.
Mengulas pengenalan dua label baru iaitu Nur Innai dan Baharim, Izrin berkata kemunculan label itu tidak menggugat jenama sedia ada kerana kedua-duanya tampil dengan koleksi berbeza.
Jelasnya, Nur Innai bukan hanya memfokuskan kepada fesyen busana Muslimah, tetapi turut mengeluarkan buku Islam dalam bahasa Inggeris.
Baharim pula adalah label Pengurus Kreatifnya, Syaiful Baharim, yang tampil dengan koleksi busana anggun untuk wanita moden hari ini.
Biarpun sudah mempunyai label yang kukuh, wanita ini tetap enggan menyertai pentas peragaan fesyen tempatan kerana dia lebih selesa untuk memberi tumpuan kepada peranannya sebagai pengusaha fesyen dan bukannya pereka.
Dalam pada itu, biarpun sibuk menguruskan perniagaan, Izrin mengakui dia tidak pernah mengabaikan rumah tangganya yang baru dua tahun dibina dengan usahawan bidang pengiklanan kreatif, Mikhail.
Menurut Izrin, biar sesibuk manapun jadual kerja, dia dan suami sedaya upaya mencari masa untuk bersama dengan melakukan aktiviti kegemaran mereka seperti melancong.
Dua bulan sekali mereka akan mencuri sedikit masa untuk bercuti bersama di pusat peranginan di dalam negara dan jika mempunyai masa yang agak terluang barulah melancong ke luar negara.
Katanya, dia juga berasa bertuah kerana dipertemukan dengan lelaki seperti Mikhail kerana suaminya itu juga seorang teman yang sentiasa di sisinya di saat susah dan senang.
"Boleh dikatakan suami membantu hampir 30 peratus urusan perniagaan saya terutama yang berkaitan aspek kreatif seperti reka bentuk katalog, hiasan serta risalah media.
"Suami seorang yang sangat memahami serta boleh dibawa berbincang dan dengan sokongannya serta keluarga, saya semakin yakin untuk mengembangkan perniagaan ini ke peringkat yang lebih tinggi.
"Harapan saya, semoga suatu hari nanti dapat membuka cawangan Innai di luar negara, sekali gus membawa fesyen batikini di persada dunia," katanya yang turut merancang

No comments:
Post a Comment