Pages

Sunday 11 December 2011

Wan Mohd. Ariffin Wan Long

Profil Usahawan Pilihan



BIODATA

NAMA : Wan Mohd. Ariffin Wan Long
USIA : 50 tahun
ASAL : kampung Tanjung, Kuala Terengganu
JAWATAN : Pengerusi Eksekutif & Pengurus Besar Noor Arfa Batek Sdn. Bhd.
ISTERI : Puan Noor Hijerah Hanafiah
PENCAPAIAN : Anugerah Usahawan Cemerlang (Kategori Perkhidmatan Tekstil) 2011 oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah

Pengasas Noor Arfa Batik, Wan Mohamed Ariffin Wan Long berjinak dengan batik semasa menjadi pembantu makmal di Kraftangan Malaysia pada tahun 1970an. Dengan sedikit pengalaman dan dikuatkan dengan minatnya yang mendalam di bidangperniagaan, Wan Mohamed Ariffin, 50, meletak jawatan untuk menceburi perniagaan batik bertapak di Kuala Terengganu, negeri yang mengasaskan industri batik negara, untuk membina Noor Arfa Batik Sdn Bhd.

Beliau memulakannya secara kecil-kecilan di rumah dengan bermodalkan simpanan RM1,000 dan pinjaman Mara sebanyak RM5,000 bersama isterinya, Noor Hijerah Hanafiah.
Selepas 26 tahun, tuan punya syarikat Noor Arfa Batik itu kini mempunyai sebuah kilang batik di Kawasan Perindustrian Cenderiang, Terengganu dengan 200 orang pekerja, mengeluarkan 150 produk batik.

Noor Arfa Batik kini mempunyai enam cawangan di seluruh negara iaitu dua di Kuala Lumpur, dua di Terengganu, masing-masing satu di Selangor dan Kedah.
Keunikan batik Noor Arfa ialah dari segi corak, rekaan dan pembuatannya terutama batik lukisan tangan yang menggunakan canting.

Keluaran batik Noor Arfa bukan sahaja diminati orang ramai dan pelancong, dengan rekaan corak terbarunya sering mendapat perhatian media fesyen, tetapi turut menjadi tumpuan selebriti tempatan seperti Siti Nurhaliza dan Erra Fazira, katanya.

Produk Noor Arfa batik ialah dalam bentuk lukisan tangan dan cetakan yang menghasilkan kain fabrik, pakaian lelaki dan perempuan serta cenderamata. Wan Mohamed Ariffin bangga keyakinannya terhadap perusahaan batik ternyata tidak silap sehingga kekal berjaya hingga kini dan ditambah pula dengan keluaran batik kembali popular dan diiktiraf negara.

Malah dengan perkembagan teknologi, sejak 10 tahun lepas syarikat itu menggunakan laman webnya, www.noor-arfa.com untuk mengembangkan pasaran ke luar negara, katanya. Atas daya usahanya, Wan Mohamed Ariffin semalam dipilih sebagai pemenang pertama dua anugerah Mara — Anugerah Usahawan Cemerlang dan Anugerah Usahawan Berjaya.

No comments:

Post a Comment