Pages

Thursday 10 November 2011

SEMANGAT WAJA AZEAN

Semangat Waja Azean


BARU berusia 32 tahun, tetapi pencapaian dankemampuannya boleh diumpamakan satu dalam 1,000. Betapa tidak, pada usia semudaitu beliau memiliki lebih daripada satu syarikat, bangunan sendiri yangnilainya melebihi RM1 juta dan bergelar bos kepada lebih 100 kakitangan.

Lebih menarik, satu daripada cabang perniagaan diceburinya adalah memeliharalembu - sesuatu yang jarang diterokai wanita semuda usianya. Tanyalah hal berkaitan lembu, terutama lembu susu, insya-Allah beliau bolehmenjawabnya. Malah ketika ditemui di pejabatnya baru-baru ini, beliau memberi gambaranbetapa 'ilmunya' berkaitan haiwan berkenaan kadangkala tidak terjangkau dekfikiran.

"Kalau awak nak tahu, lembu susu adalah haiwan yang sensitif dan tidakboleh tertekan. Kita perlu tunjukkan kasih sayang kepada haiwan itu kerana iakaedah berkesan untuk lembu terbabit menghasilkan susu yang lebih banyak. Lebih elok jika wanita menjaga haiwan itu. Di ladang saya, setakat inidua wanita ditugaskan menjaga lembu dan ia ternyata berkesan dalam menghasilkansusu lebih banyak," katanya selamba.

Siapa sangka, di sebalik usia dan penampilan yang tampak lemah lembut, wanitabernama Norazean Abdul Aziz itu agresif dalam dunia perniagaan. Sebelum 'menguruskan' lembu, beliau terlebih dulu meraih kecemerlangan dalambidang pelancongan.Hanya dalam tempoh tiga tahun (2002 hingga 2005) menjalankan perniagaanpelancongan menerusi syarikat Prestige Platinum Vacation (PPV) (M) Sdn Bhd,beliau berupaya membeli bangunan sendiri yang dinamakan Wisma PPV di JalanBangsar, Kuala Lumpur pada usia 27 tahun.

Daripada hanya menguruskan pakej pelancongan dalam negara, kini nama PPV bukanlagi asing sebagai sebuah syarikat pelancongan yang lengkap serba serbinya. Ada bas persiaran sendiri dan sebut apa saja khidmat berkaitan pelancongantidak kira dalam atau luar negara, semuanya ada di PPV.

Selepas enam tahun meletakkan PPV pada kedudukan terbaik dan mempunyai prestijtersendiri, Norazean menubuhkan pula syarikat Prestige Dairy Farm (PDF) (M) SdnBhd yang mengkhusus kepada perniagaan memelihara lembu untuk menghasilkanproduk tenusu dan daging. Bagi Norazean atau lebih mesra dengan panggilan Azean, usahanya meneroka bidangberkenaan yang semestinya dianggap janggal bagi wanita, dijadikannya cabaran. Beliau sanggup mengetepikan rasa kurang selesa terhadap haiwan berkenaan keranayakin dengan masa depan perniagaan dalam bidang itu.

"Dulu nak dekat dengan lembu susah juga sebab saya tak tahan baunya.Sekarang tiada masalah untuk saya berbuat demikian, malah saya sifatkan lembujuga seperti haiwan peliharaan lain yang perlu diberi kasih sayang dan dijagadengan sempurna. Dalam perniagaan ini suami banyak membantu, malah dialah pencetus kepadapenubuhan syarikat ini. Kami bersama-sama merealisasikannya," katanya.

Kesungguhan Azean terhadap perniagaan itu terbukti dengan visi dan misinya.Beliau menyifatkan susu lembu umpama gula yang diperlukan dalam kehidupansetiap hari.

"Susu sama saja macam gula. Daripada bayi hinggalah orang tua, semua minumsusu dan terbukti susu mendapat permintaan yang sangat tinggi. Bukan setakat susu, macam-macam boleh dibuat dengan susu lembu, antaranyaminyak sapi. Justeru, saya ambil peluang ini untuk memberi tumpuan dalamperniagaan berkenaan," katanya.

Bermula dari 2008, PDF kini mempunyai lebih 500 ekor lembu susu jenisFriesian-Jersey diimport dari Australia, selain lembu daging yang ditempatkandi ladang Alifah, Kluang, Johor. Dengan lebih 30 kakitangan dan peralatan pemprosesan susu canggih, PDF kinitersenarai sebagai pengeluar susu lembu kedua terbesar di negara ini. PDF turut membuka peluang kepada orang ramai bersama-sama menikmati faedahdaripada permintaan tinggi susu lembu menerusi pakej diperkenalkan PDF. Beli lembu daripada PDF dan terima hasil sehingga RM1,000 sebulan, bergantungkepada jumlah pengeluaran susu lembu yang dibeli.

Tidak perlu bersusah payah menguruskan lembu dimiliki kerana PDF akanmenguruskan semua hal berkaitan, daripada menjaga, memberi makan, memerah susuhinggalah hal pemasarannya. Setiap lembu dibeli akan diberi sijil dan Azean mengalu-alukan pemilik lembuhadir ke ladang PDF di Kulai Johor untuk melihat lembu mereka.

Bagaikan terlalu mudah, dalam tempoh tidak sampai 10 tahun, Azean mampumengecap kejayaan dan memang lumrah, kejayaan diperoleh mengundang pelbagaipersepsi. Bagi Azean, beliau sedia maklum, barangkali ada yang beranggapan beliau 'orangsenang' menyebabkan mudah untuknya meraih kejayaan sesingkat itu.

Namun hakikatnya Azean bukan dilahirkan di dalam 'mangkuk emas' yangmemungkinkan beliau lebat dengan wang ringgit sehingga mampu melakukan apasaja. Ibu bapanya juga bukan orang berpengaruh sehingga mampu membantumemudahkan perjalanan perniagaannya.

"Bapa saya bekerja sebagai pemandu limosin dan ibu suri rumah. Merekatidak mampu memberi kekayaan, tetapi yang masih terngiang-ngiang, ayah selalukata dia hanya mampu memberi kasih sayang dan pendidikan terbaik untuk anaknya. Didikan, kasih sayang dan kesungguhan ibu dan ayah memberi sayapendidikan terbaik dijadikan dorongan serta semangat untuk saya merubah nasibkeluarga pada masa depan," katanya.

Anak sulung daripada tujuh beradik itu berkata, perjalanan untuk beliaumengecapi kejayaan seperti hari ini bukan mudah.

"Ketika melanjutkan pengajian di peringkat ijazah sarjana muda diUniversiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, saya melakukan kerja sampinganuntuk mencari wang perbelanjaan dan pada masa sama menimba pengalaman. Nak minta wang daripada orang tua, saya tak sanggup kerana tidak mahumenyusahkan mereka. Saya bekerja dalam bidang jualan dan pemasaran di sebuah syarikat padasebelah petang dari jam 5 petang hingga 9 malam, manakala pada Sabtu dan Ahadsaya bekerja dari jam 9 pagi hingga 7 malam. Bohonglah saya katakan tidak penat dan tertekan bila nakmengulangkaji, menyiapkan tugasan diberi pensyarah dan memberi tumpuan kepadapekerjaan. Apapun, saya kuatkan semangat dan teruskan sehingga tamatpengajian," katanya.

Kesungguhan Azean berbaloi apabila terus diberi kepercayaan bekerja sepenuhmasa selepas tamat pengajian hinggalah dilantik ke jawatan ketua bahagianpemasaran. Bagaimanapun, kejayaan diperoleh menimbulkan iri hati pihak tertentu,menyebabkan beliau ditukarkan ke bahagian sumber manusia.

"Kepakaran saya adalah bidang pemasaran. Apabila ditukarkan ke bahagiansumber manusia, untuk apa lagi saya bekerja di situ. Saya ambil keputusanberhenti kerja dan ketidakadilan itu membuatkan saya nekad untuk bekerjasendiri," katanya.

Azean memanfaatkan kepakarannya dalam bidang jualan dan pemasaran untukmenceburi bidang saham amanah. Tidak dilayan, terpaksa tebalkan muka dandimarahi antara pengalaman yang lama kelamaan menjadi kebiasaan buatnya. Berbekalkan pengalaman berkenaan, Azean mencuba pula bidang pelancongan denganmembuka syarikat pelancongan kecil-kecilan dinamakan PPV. Buat permulaan,tumpuan diberi kepada pakej pelancongan dalam negara terlebih dulu.

"Ketika berhenti kerja dan buat saham amanah, adalah sedikit modal. Sayasewa kedai kecil dan mencari pelanggan sendiri. Memandangkan sudah biasa 'tebalmuka', saya telefon hotel sendiri, jumpa pengurus hotel sendiri dan caripelanggan sendiri. Alhamdulillah, berkat pengalaman, dapatlah pelanggan dan tambah duahingga tiga kakitangan untuk melicinkan urusan perniagaan," katanya.

Setahun kemudian, PPV mendapat lesen untuk menyediakan pakej pelancongan luarnegara dan pencapaian PPV terus cemerlang dengan beroperasi di bangunan sendiridan pertambahan pelanggan dari semasa ke semasa, dari individu hinggalah sektorkorporat dan kerajaan. Bertemu jodoh dengan Mohd Helmi Ali pada usia 27 tahun, PPV terus megah danperjalanan Azean terus ke puncak dengan penubuhan PDF. Liku perjalanan Azean dalam menguruskan dua syarikat berkenaan turut dicemariepisod duka ditipu kenalan sendiri.

"Saya pernah beberapa kali ditipu sehingga rugi lebih RM200,000. Kenalansendiri sanggup berbuat demikian selepas melihat kesungguhan saya untuk mencubacabang perniagaan saya. Tidak perlu saya mengulas lanjut kerana insidenitu mengecewakan saya. Ia pengalaman berharga untuk saya lebihberhati-hati," katanya. Reda dengan apa yang berlaku, Azean tidak mahu pengalaman pahit itu melemahkansemangatnya.

"Saya dan kakitangan umpama keluarga. Jika saya putus asa dan perniagaantergugat gara-gara masalah tertentu, bagaimana nasib lebih 100 kakitangan saya. Sampai ke tahap ini saya tidak boleh hanya memikirkan diri sendiri. Nasibkakitangan juga perlu diambil berat," katanya yang kini bahagia dengantiga cahaya mata.

Di akhir pertemuan, Azean memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi di atas kejayaanyang diperolehnya dan berterima kasih kepada semua pihak yang membantunyaselama ini.

"Selain keluarga, suami banyak menyumbang kepada kejayaan saya. Dia selalumemberi semangat dan berpesan supaya jangan terlalu berasa selesa danleka," katanya.

(Sumber :: mizan@hmetro.com.my

No comments:

Post a Comment