Pages

Thursday 10 November 2011

PERNAH AMBIL UPAH RM220 SEBULAN, SEKARANG JADI IDOLA PENEROKA

Empayar Tauke Lembu

RAUT wajahnya yang tegas dan tampak sombongmembuatkan kami berfikir dua kali untuk menemuramah individu digelar 'JutawanFelda' oleh majoriti masyarakat Felda Umas di Tawau, Sabah, ini. Namun, sebaikbeliau mula berbicara, hilang segala prasangka awal yang bermain di fikiran. Personaliti pilihan sisipan Inspirasi minggu ini, Amarullah Sudin, 53, penuhsifat dedikasi serta merendah diri yang amat disenangi oleh masyarakat FeldaUmas. Biarpun mendiami banglo yang dianggarkan bernilai lebih RM1 juta sertadilimpahi nikmat hasil perahan keringat, Amarullah tidak pernah bersikap‘hidung tinggi’.

Menyimpul kejayaan diraihnya selama ini sebagai petani moden, ternyata isteritercinta, Muniati Asnawir, 45, menjadi tulang belakang kepada kejayaannya dalambidang pertanian, penternakan dan pembinaan. Berkongsi cerita, Amarullah, Muniati bagi dirinya adalah perancang kewangan danekonomi terbaik untuk keluarga hingga membolehkan beliau berjaya sejak mulamenjadi peneroka pada 1990. Isterinya menguruskan segala hal kewangan sertamenggalakkan mereka berjimat-cermat dengan membeli mengikut keperluan bukankeinginan. Besar pengaruh isterinya hingga Amarullah terkenang insiden kehilangan limaekor lembu ketika mula berjinak-jinak menjadi penternak pada 2000. Kejadian itumenimbulkan kemarahan Muniati lalu mendorong Amarullah berusaha menggantisemula lembu yang hilang.

“Jika diingatkan memang ia satu peristiwa sedih. Namun, menjadi lucu keranasaya terpaksa berbohong dengan isteri dan memberitahu lembu yang hilang sudahditemui semula. Sedangkan, saya terpaksa membeli lima ekor lembu baru untukmenggantikan yang hilang itu. Namun, saya tidak pernah menyalahkan isteri ataskemarahannya itu kerana isteri risau saya tidak ada pengetahuan dalam bidangpenternakan.

Selepas peristiwa itu, saya terus mengikuti kursuspenternakan lembu di Jabatan Perkhidmatan Haiwan (JPH). Saya mula bertatih dansekarang, bilangan lembu yang diternak mencapai 500 ekor. Saya juga ada 170ekor kerbau yang dipasarkan di Sarawak termasuk Indonesia,” katanya ketikaditemui di kediamannya sempena Karnival Iktiraf Media anjuran Felda, baru-baruini. Amarullah berkata, keikhlasan ketika melaksanakan tanggungjawab serta disiplinyang tinggi amat penting untuk mencapai kejayaan malah menjadi pegangannyaselama ini.

“Rutin harian saya bermula awal pagi untuk memastikan lembu saya berada dikawasan ladang bagi meragut rumput. Ini kerana saya sudah mengikat kontrakdengan pihak Felda untuk menjalankan kerja pembersihan kawasan menggunakanhaiwan ternakan saya mengikut blok yang ditetapkan.

Saya tidak menetapkan tempoh masa bekerja kerana ada kalanya masalah datangsecara mengejut seperti lembu hilang pada waktu tengah malam. Ketegasan memangada, bahkan anak kedua saya, Mohamad Iswan yang membantu saya turut dilayanseperti pekerja lain untuk memberikan pengalaman dan pendedahan kepada beliau,”
katanya.

Menjengah kediaman mewah bernilai lebih RM1 juta milik Amarullah, hati kagummemikirkan betapa gigihnya bapa kepada sembilan anak ini mengubah taraf hidup.Kesusahan yang pernah dirasai sebelum ini tidak pernah menjadi halangan untukdirinya mencipta kejayaan. Usaha dan semangat juang yang kental dalam diriAmarullah dan anggota keluarga yang tidak pernah berputus asa memajukan diri,menjadi kunci kepada kejayaan seisi keluarga.

Tambah menarik, kediaman keluarga Amarullah dibinasendiri melalui rekaan yang diilhamkan anak sulungnya, Abdul Ghafar, 26, yangkini bertugas sebagai jurutera di Lembaga Letrik Sabah. Jika berkunjung ke Felda Umas, kisah kejayaan hidup Amarullah tidak pernahlekang meniti di bibir penduduk kampung. Kediamannya yang tersergam menjadilambang kebanggaan dan bukti bahawa peneroka dan petani juga mampu hidup mewah.

“Saya berpegang kepada prinsip mengekalkan apa yang ada serta tidak meninggikandiri. Ini kerana di tanah rancangan ini, semuanya umpama satu keluarga. Sayabermula dengan susah apabila menerima gaji sebanyak RM220 sebulan, namunbersyukur apabila pendapatan kian meningkat.

Semua ini atas dorongan kuat serta semangat isteri yang tidak pernahberbelah-bahagi menyokong apa yang saya lakukan. Setiap perolehan hasil yangsaya dapat akan saya serahkan 100 peratus kepada isteri saya untuk diurus dandiagihkan mengikut kepentingan,”
jelasnya.

Muniati pula menegaskan, kelebihan dan kesenangan yang dimiliki mereka berpuncasikap saling mempercayai serta memekakkan telinga atas tohmahan orang lain.Beliau yakin suaminya itu selalu melakukan yang terbaik untuk meningkatkantaraf hidup.

“Saya tidak pernah peduli dengan apa orang kata termasuk digelar ‘queencontrol’. Ini kerana apa yang lebih penting ialah masa depan kami terutama anakyang makin membesar. Saya juga hanya membeli barangan perlu saja kerana tidakmahu membazir dengan benda yang tidak sepatutnya dimiliki.

Mungkin bagi sesetengah orang menganggap saya kolot dan kedekut hanya tidakmemiliki barangan jenama. Tetapi, saya tahu apa yang saya inginkan dalamkehidupan. Titik peluh suami yang bersusah payah mencari rezeki harusdifikirkan bukannya berbelanja secara melulu kerana saya fikir mengenai masalahmendatang jika wang tidak diurus dengan baik,”
katanya.

Atas usaha dan kegigihan dirinya, Amarullah dinobat sebagai penerima AnugerahUsahawan Tani Felda 2010 Peringkat Kebangsaan yang melayakkan beliau menggondolwang tunai RM16,000 serta menjadi idola masyarakat.

“Saya yakin generasi kedua Felda juga mampu mencapai kejayaan sekiranya merekayakin pada diri sendiri dan tidak mudah berputus asa. Semua orang mampumemiliki apa yang mereka impikan jika berusaha mencapainya denganbersungguh-sungguh serta jujur dalam pekerjaan yang dilakukan. Bagi saya, kejayaan ini adalah dorongan keluarga, masyarakat Felda Umas sertapengurusan Felda yang tidak jemu membantu peneroka untuk menaikkan tarafkehidupan kami melalui pelbagai intensif,” katanya.

Sambunglegasi ayah>

RIAK tenang anak muda berusia 24 tahun ini menggamit hati penulis untukmengenalinya dengan lebih dekat. Ini kerana sikap gigih membantu bapa tersayangdi ladang ternakan dan tapak projek pembinaan tanpa rasa jemu atau berputusasa. Mohd Iswan Amarullah pernah menolak tawaran menyambung pengajian di institusipengajian tinggi (IPT) demi menyambung kelangsungan usaha bapa tersayangmemajukan lagi Felda Umas selain perusahaan penternakan dan projek pembinaanmereka. Anak kedua daripada sembilan beradik ini berkata, pada awalnya memang sukaruntuk membuat keputusan memilih antara kerjaya di Felda atau meneruskan pengajian.Namun, akhirnya beliau membuat keputusan untuk terus memberi sokongan danmembantu bapanya.

“Ternyata keputusan ini adalah yang paling tepat buat diri saya. Ini keranasebagai generasi kedua Felda, saya rasa terpanggil untuk meneruskan apa yang diusahakanayah hingga berjaya membesarkan kami sembilan beradik. Bagi saya, tidaksemestinya setiap anak Felda perlu bekerja di bandar untuk beroleh kejayaankerana di tanah rancangan ini juga menjanjikan banyak peluang kerja. Saya juga tidak pernah peduli dengan pandangan orang terhadap apa yang sayalakukan. Ini kerana apa yang lebih penting ialah untuk memajukan lagi usahayang dilakukan ayah selama ini. Ayah bermula dari bawah hingga kami mampumengecapi apa yang ada sekarang,” katanya.

Graduan Diploma Kejuruteraan Mekanikal, Politeknik Kota Kinabalu ini jugamengakui kegigihan bapanya menjadi inspirasi untuk beliau terus bertahan dansentiasa terdorong untuk lebih bersemangat serta meningkatkan keyakinan untukmenjadi generasi kedua Felda yang berjaya.

“Ayah adalah idola dan pendorong utama kejayaan saya untuk terus kekal diFelda. Sikap rendah diri dan tidak mengenal erti putus asa yang ada dalam diriayah menguatkan lagi azam saya untuk berjaya selain membuktikan bahawakehidupan di Felda menjanjikan ketenangan dan hasil yang lumayan. Saya tidak pernah ralat dengan keputusan yang diambil kerana di sini peluanguntuk membina kejayaan terbentang luas dan berharap generasi kedua Felda jugaakan kembali ke Felda demi meneruskan usaha yang dilakukan generasi pertama.Apa yang lebih penting ialah bekerja dengan jujur dan mengetepikan pandanganserta tohmahan orang lain terhadap kita ,” katanya.

 

No comments:

Post a Comment