Pages

Thursday 10 November 2011

DUA RAKAN GIGIH TERNAK LEMBU KOMERSIAL

POTENSI sektor penternakan lembu yang tinggimendorong ramai menceburinya, ditambah pula pelbagai insentif disediakankerajaan dalam bidang berkenaan untuk memenuhi permintaan terhadap daging dalamnegara, sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada produk import.

Peluang itu turut direbut dua belia di Negeri Sembilan, Syed Shareezally SyedAualadali dan rakannya, A Halim A Rahman yang tidak mengendahkan semuatanggapan negatif dikaitkan dengan sektor pertanian.


Mereka berdua bertekad meninggalkan pekerjaan bergaji lumayan untukmengusahakan projek penternakan lembu secara fidlot.

Bukan saja menternak, mereka yang pernah bekerja makan gaji dengan organisasiternama juga melakukan pemasaran sendiri daging proses melalui kedai konsepbutik dinamakan 'Daging Segar' beroperasi di Taman Komersial Senawang, sejakJun tahun lalu yang turut menjual pelbagai produk sejuk beku berasaskan daging.

Kedai berkonsep moden yang berhawa dingin, bersih dan selesa dengan konseppenjualan daging yang jarang dilihat di negara ini, kian mendapat sambutanbukan saja di kalangan penduduk sekitar Seremban, malah luar, termasuk KualaLumpur.

Mereka yang berkongsi usia 36 tahun menggunakan modal sendiri memulakan projekpenternakan komersial lebih setahun lalu dengan memajak tanah terbiar pendudukkampung di Seri Menanti, Kuala Pilah untuk membuka ladang ternakan.



No comments:

Post a Comment