Profil Usahawan Pilihan | |
Winnie Loo Pengasas A Cut Above |
Sumber: Berita Harian
NAMANYA bukan lagi asing dalam industrikecantikan tempatan. Selama tiga dekad, wanita ini terkenal menerusi jenama A Cut Above, walhal dia yang mesra dikenali sebagai Winnie lebih dulu memulakan kerjaya menerusi dunia solekan wajah.
Besar sumbangan pengasas salun kecantikanrambut A Cut Above ini dalam industri kecantikan. Lebih membanggakan keupayaannya bukan saja mendapat pengiktirafan dalam negara malah pada peringkat antarabangsa. Lebih menarik, kejayaan dikecapi dalam dunia yang rata-rata didominasi lelaki.
Winnie adalah anak Malaysia pertama yang diberi pengiktirafan dalam World Master of the Craft (Guru Seni Dunia) oleh kumpulan pengamal seni dan fesyen di New York, pada 1997. Penghargaan tidak berhenti di situ, pengiktirafan demi pengiktirafan diterima sehingga kini.
Tahun ini saja, Winnie diberi kepercayaan untuk menjadi perunding pendandan rambut untuk pereka fesyen terkenal, Jose Duran pada Minggu Fesyen New York. Beliau juga dicalonkan sebagai `Great Women Of Our Time Award´ oleh majalah The Malaysian Women´s Weekly selain menerima anugerah `Master of Her Craft´ dari majalah Malaysian Tatler.
Meneruskan pembabitan dalam dunia kecantikan rambut serta aktif dalam bidang solekan wajah, beliau turut diberi pengiktirafan dan terpilih sebagai sebagai jurusolek pertama mewakili Malaysia menerusi jenama kosmetik terkemuka dari Amerika Syarikat, Max Factor.
Winnie berkata, beliau tidak menempa nama dalam industri kecantikan menerusi bakat menyolek tetapi membina nama menerusi empayar kecantikan rambut. Ini berikutan ketika era 70-an dan 80-an dulu, wanita tidak akan mengeluarkan belanja banyak hanya untuk solekan tetapi industri dandanan rambut dilihat mampu bertahan lama.
"Wanita ketika itu berpendapat, mereka boleh bersolek sendiri dan tidak perlu mengeluarkan belanja lebih. Cukup sekadar menyapu bedak pada wajah, menyapu gincu pada bibir dan alis mata, namun untuk rambut, ada yang ingin mendandan di salun. Hakikatnya, solekan juga perkara penting dalam penampilan wanita.
"Saya mengasah bakat dan belajar menyolek kerana minat tampil menarik terutama pada wajah dan saya lihat duniasolekan mampu pergi jauh pada masa akan datang," katanya ketika ditemui di kaunter jualan Max Factor di Metrojaya, Mid Valley Megamall, di sini, baru-baru ini.
Bagi Winnie, kecantikan bukan membabitkan fesyen pakaian semata-mata. Selari dengan penampilan hebat selain dandanan rambut, teknik solekan menjadi pakej lengkap supaya wanita nampak lebih yakin ketika ke mana saja, terutama ke pejabat, majlis glamor serta acara berprestij.
Menyimpan bakat kreatif serta menyimpan visi tersendiri untuk membawa jenama Max Factor lebih dikenali di rantau Asia,Winnie dipilih oleh Max Factor sebagai artis pertama dan jurusolek eksklusif dari Malaysia.
Malaysia adalah pasaran ke-75 Max Factor, yang ditubuhkan secara rasmi pada 1909. Pelancaran Max Factor di Malaysia berlangsung baru-baru ini di Luna Bar di Menara PanGlobal Kuala Lumpur. Pada majlis itu, Max Factor turut melancarkan produk terbarunya, maskara False Lash Effect, yang kini mencatatkan jualan tertinggi dalam pasaran global.
Menerusi penggunaan berus yang terbesar dikeluarkan oleh Max Factor, maskara berkenaan memberi kesan bulu mata lentik dan tebal tidak ubah seperti pemakaian bulu mata palsu namun masih mengekalkan keaslian bulu mata sebenar.
Maskara False Lash Effect dengan dikeluarkan dengan teknologi berus iFX yang direka khusus untuk menebalkan helaian bulu mata hingga ke bahagian hujung tanpa ketulan.
Produk kecantikan bulu mata itu mengandungi formula Liquid Lash yang dipatenkan. Berus baru itu menampilkan 50 peratus lebih bulu dan teras 25 peratus lebih besar. Formula berkenaan membantu menebalkan bulu mata dengan mengekalkan keanjalannya.
Maskara False Lash Effect didatangi dengan dua warna iaitu rangkaian regular menerusi warna hitam dan biru pekat sementara waterproof pula tampil dengan warna hitam serta hitamcoklat. Produk berkenaan boleh didapati di rangkaian Parkson, Metrojaya, Isetan serta Pacific seluruh negara pada harga RM66 setiap satu.
No comments:
Post a Comment