Isu Bukit Kepong yang kecoh baru-baru ni yang telah disampaikn oleh Mat Sabu telah menyebabkan ramai yang tidak puas hati terhadap dia. Ramai keluarga dari ahli polis yang terkorban membidas tindakan Mat Sabu yang tidak menghargai perjuangan mereka. Episod duka itu telah direkodkan dan difilemkan oleh Tan Sri Jins Samsudin.
Dan kini, Dalam diam, pengarah muda, Syamsul Yusof , sedang menyiapkan skrip serta jalan cerita filem bersejarah Bukit Kepong pulak. Filem yang bakal menelan belanja sekitar RM6 juta ini akan diolah secara kemas, mantap dengan fakta sejarah sebenar.
Selain itu, Syamsul juga bakal mengeluarkan KL Gangster 2 yang dibintangi oleh Rosyam Nor, sebagai bintang utama. Dan jangan bersedih, sebab pelakon-pelakon terdahulu seperti Aaron Aziz, Adi Putra, Zizan Raja Lawak, Ridzuan Hashim serta Shoffi Jikan tetap di KEKALKAN! oleh Syamsul.
No comments:
Post a Comment