Pages

Friday, 17 February 2012

Selebriti Bergelar Usahawan

Profil Usahawan Pilihan






KUALA LUMPUR, 12 OKTOBER 2011: Bergelar selebriti usahawan menjadi faktor sembilan selebriti iaitu Aaron Aziz, Kieran, Khairul Fahmi Che Mat, Sabhi Saddi, Fizo Omar, Neelofa, Nas Adila, Natasha Hudson dan Heliza Helmi dipilih sebagai ikon Apec Yes 2011.
Namun, kesemua mereka ternyata amat terkejut dan tidak menyangka nama mereka secara rasmi telah diumumkan pihak Apec Yes 2011 sebagai duta oleh kerana ada antara mereka masih lagi baru menjinakan diri dalam bidang perniagaan.
"Kami berharap dengan pemilihan mereka sebagai duta, mampu menarik minat lebih 5,000 warga muda tempatan hadir ke pameran Apec Yes 2011 yang bakal berlangsung bermula 18 hingga 20 Oktober depan.
"Sebaiknya, penglibatan ini boleh juga menggalakan anak muda ini untuk berkecimpung dalam bidang perniagaan" ujar Agil Faisal Ahmad Fadzil selaku Presiden International Malaysian Chamber Of Commerce Co-Organiser Apec Yes 2011.
Difahamkan, kesemua ikon ini bakal menerima bantuan perniagaan bagi tujuan memgajar sepenuhnya perihal perniagaan untuk memperkembangkan perniagaan mereka ke peringkat Asia Pasifik.
Bagaimanapun, ia juga tertakluk kepada keupayaan peniagaan yang dijalankan sama ada ia sesuai ataupun tidak.
Sementara itu, pendatang baru dalam dunia lakonan, Neelofa turut gembira dengan pemilihannya itu apatah lagi sudah lama dia menjinakkan diri dalam bidang perniagaan secara online.
"Saya berasa amat bertuah kerana dipilih menjadi ikon untuk kempen ini. Buat masa ini, saya sedang menjalankan perniagaan menjual kasut tumit tinggi rekaan saya secara online menggunakan jenama Lofa. InsyaAllah, dengan pemilihan ini, saya akan kembangkan lagi perniagaan saya dengan mengukuhkan lagi jenama kasut saya kepada Neelofa," ujarnya.
Sama seperti Neelofa, bintang Akademi Fantasia 7 (AF7), Nas Adila Mohd Dan turut mengakui amat terkejut dan berterima kasih atas pemilihannya yang kini sibuk menguruskan perkhidmatan cuci kereta.
"Selain mempunyai perniagaan menguruskan acara, saya juga kini sibuk membuka perniagaan cuci kereta di Shah Alam. Syukur Alhamdulillah, ianya mendapat sambutan. Pengumuman pada hari amat bermakna buat diri saya dan menyakinkan lagi saya untuk terus bergelar usahawan.
"Saya akan cuba meluaskan perniagaan dengan membuka cawangan saya sendiri. Saya akan cuba mengeluarkan produk berkaitan perniagaan yang saya jalankan sekarang," kata Adila.
Sementara itu, disebalik kesibukan jadual harian sebagai penjaga gol kebangsaan, ia tidak menghalang Khairul Fahmi Che Mat atau Apex, 22, untuk menjadi usahawan.
Malah, Apex telah membuat kejutan pada sidang media itu apabila ramai tidak menyangka selebriti sukan itu rupa-rupanya berkecimpung dalam bidang fesyen.
"Bermula awal tahun lalu, saya sudah pun mula menjadi pengusaha baju secara online. Projek ini saya buat bersama rakan seangkatan saya yang juga penjaga gol iaitu Zamir Selamat. Saya meniaga pakaian fesyen yang bukan saja untuk lelaki tetapi untuk perempuan.
"Tidak salah rasanya saya mencuba sesuatu yang diluar bidang saya. Bagaimanapun, buat masa ini, saya masih belum mempunyai butik sendiri.
"Kebanyakkan baju yang saya jual adalah rekaan saya sendiri. Untuk mengeluarkan jenama sendiri itu, masih belum difikirkan lagi. Pun begitu, sekiranya mendapat sambutan, mungkin ia menjadi kenyataan. Apapun, terima kasih kepada pihak Apec Yes 2011 kerana memilih saya," kata Apex.
Lain pula bagi pelakon Fizo Omar yang sememangnya mengikuti jejak langkah arwah ayannya yang sudah sebati dengan perniagaan.
"Ramadan lalu, saya memjual seruding daging. Syukur, ia mendapat sambutan. Selepas ini saya akan mengeluarkan buku resipi saya sendiri selain memperluaskan lagi perniagaan yang saya telah jalankan," ujar Fizo.
Berikut senarai ikon Apec Yes 2011 dan pernigaan yang dijalankan
Aaron Aziz : Produksi & buku kanak-kanak
Kieran : Restoran makanan
Khairul Fahmi Che Mat: Pakaian lelaki & wanita
Sabhi Saddi: Produksi & penerbitan
Fizo Omar: Restoran dan industri makanan
Neelofa: Kasut tumit tinggi
Nas Adila: Khidmat cuci kereta & acara
Natasha Hudson: Produksi & produk organik ibu dan anak
Heliza Helmi : Produksi & tudung muslimah

No comments:

Post a Comment