Pages

Saturday 17 December 2011

JURIFAH USAHAWAN JAYA 2009/2010


Jurifah Usahawan Jaya 2009/2010

Posted by Hafiz Lidin
Oleh MAZLINA ABDUL MAJID

mazlina@kosmo.com.my


JURIFAH menerima anugerah Usahawan Jaya daripada Mohd. Johari (kanan)
 pada Seminar Usahawan Industri Asas Tani 2010 di Kuala Lumpur semalam.
KUALA LUMPUR - Seorang bekas pegawai sebuah bank di ibu negara, Jurifah Kadis, 43, sangat meminati baulu gulung namun agak sukar baginya memperoleh kuih tradisional itu di pasaran. Kesukaran itu akhirnya mendatangkan idea kepadanya untuk mempelajari cara-cara membuat baulu hingga mendorongnya menjalankan perniagaan dengan jenama 'Baulu Classiq' dengan modal permulaan sebanyak RM15,000. Dia kemudian mengambil keputusan berhenti kerja makan gaji dan menjalankan perniagaan itu secara sepenuh masa. Dalam tempoh 10 tahun, Jurifah tidak menyangka perniagaan hasil titik peluhnya itu mendatangkan pulangan lumayan dan kepayahan tersebut dibalas apabila dinobatkan sebagai pemenang utama pada Pertandingan Usahawan Jaya 2009/2010 (Kategori RM250,000). Dia menerima wang tunai RM3,000, trofi kristal dan sijil penghargaan yang disampaikan oleh Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mohd. Johari Baharum pada Seminar Usahawan Industri Asas Tani 2010 di sini semalam. "Dalam menjana perniagaan, saya juga berbesar hati kerana AgroBank (dulu dikenali sebagai Bank Pertanian Malaysia) banyak memberi laluan mudah kepada saya untuk membuat pinjaman. "Pada masa sama, dalam tempoh sebulan sahaja, saya berjaya mendapat sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)," kata Jurifah yang menekankan bahawa memperoleh sijil halal adalah penting bagi meyakinkan para pengguna.


No comments:

Post a Comment