Pages

Tuesday 22 November 2011

Mohd Azmi Mat Nayan

Profil Usahawan Pilihan

Sumber:  December 5th 2011, Sinar Harian.
Syarikat : Mizi Sports Centre.

Mizi Sports giat cipta nama

Bagi menunjukkan kepelbagaian dan memberi lebih pilihan kepada pelanggan, butik jualan pakaian dan kelengkapan sukan milik Bumiputera, Mizi Sports Centre (Mizi Sports) memperkenalkan koleksi seluar jean Levis sebagai produk baru dalam melengkapkan rangkaian perniagaannya.

Pengarah Urusannya, Mohd Azmi Mat Nayan berkata, pada masa ini, Mizi Sports mempunyai 13 cawa-ngan, dua daripadanya ber-operasi menjual produk Levis dan kebiasaannya sebanyak RM200,000 stok pakaian Levis ditempatkan di sesebuah butik jualan.

“Sambutan terhadap butik di Kuala Terengganu yang ber-operasi menjual pakaian itu begitu menggalakkan. Seluar jean Levis bakal melengkapkan rangkaian produk seterusnya akan memacu jualan dan menghasilkan pertumbuhan sehingga 40 hingga 45 peratus ke atas jumlah keseluruhan jualan tahunan kami,” katanya selepas hadir menyempurnakan majlis perasmian pembukaan cawangan butik ke-13 di KL Festival City, Kuala Lumpur.

Menurutnya, syarikat menyasarkan pertumbuhan ke atas jualan bagi semua butik jualan sehingga akhir tahun ini mencecah 30 hingga 40 peratus.

“Bagi mencapai sasaran itu, kami terus mengukuh­kan jenama dengan merancang membuka sekurang-kurangnya satu cawangan baru setiap bulan dan sebagai penutup tahun ini, cawangan baru di Bandar Seri Permaisuri ba-kal dirasmikan tidak lama lagi,” katanya.

Beliau berkata, setiap modal dan pelaburan bagi membuka cawangan baru adalah menerusi dana persendirian.

Katanya, kos pelaburan cawangan baru akan mencecah RM800,000 hingga RM1 juta bersama bekalan stok yang dianggarkan RM600,000 hingga RM800,000.

“Lokasi baru yang bakal menjadi tumpuan kami pada masa hadapan adalah Kuantan, Johor Bahru, Melaka, Sabah dan Sarawak serta Lembah Klang,” katanya.

Mohd Azmi berkata, setakat ini butik yang paling banyak menghasilkan jualan adalah Kuala Terengganu dan Kota Bharu yang begitu berjaya menarik perhatian pelajar, remaja dan kanak-kanak.

-Sinar Harian

No comments:

Post a Comment