Pages

Friday 11 November 2011

DATO' AZLINA - KEGAGALAN LALU BUATNYA KENTAL GENGGAM KEJAYAAN

Di hadapan mahligai bernilai RM14 juta hasil usaha gigih
DIRINYA ikon wanita malah pelbagai anugerah yang dimenangi melonjak namanya gah antara usahawan wanita tersohor negara ini. Ideanya membangunkan syarikat bermula dari satu, D'Navechee Beuty (M) Sdn. Bhd dan kini berkembang menjadi kepada 24 buah syarikat yang bernaung di bawah lembayung DCL Group.

Pencapaian hebatnya tidak setakat di Malaysia sahaja tetapi diperkembangkan juga ke negara luar seperti Singapura, Brunei, Indonesia, Bangladesh, Dubai dan China. Satu pencapaian yang sangat mengagumkan. Di sebalik kejayaan bergelar jutawan, Dato' Azlina Che Abdullah dan suami, Dato' Stapa Haji Omar, berkongs kejayaan mereka selain mengakui peranan pengiklanan uang melonjak kejayaan syarikat.

"Alhamdulillah, ALLAH membuka pintu rezeki saya melalui penyakit yang saya alami sendiri. Bila melahirkan anak dan menghadapi masalah fibroid, saya lebih banyak berehat dan menonton tv. Sambil itu sempat berangan-angan, suatu hari nanti produk saya juga akan memasuki majalah. Hinggalah satu hari, saya mendapat idea untuk mengeluarkan produk pertama D' N Hans pada thun 2001 yang bukan sahaja mampu merawat penyakit tetapi juga mampu menganjalkan kulit wajah tetapi lebih muda. Malah nama syarikat juga saya peroleh dengan menggabungkan nama saya D'Na dan Vechee yang diambil daripada bahasa Perancis."

"Ketika itu saya memikirkan apa mekanisme terbaik untuk mempromosikan produk dan jawapannya adalah pada majalah Mingguan Wanita. Mula-mula iklan, saya hanya mampu membayar untuk ruangan Iklaneka sahaja dengan kos RM900 sebulan. Maklumlah dulu-dulu nampak biasa-biasa sahaja. Muka pun biasa-biasa sahaja, pakai blazer lagi," katanya sambil ketawa.

Dalam pada itu, Dato' Azlina terus rancak bercerita bagaimana beliau mula mengeluarkan produk D' N Hans yang mana produk ini telah menjalani pembangunan dan penyelidikan ketat bagi memulihkan kesihatan luaran dan dalaman wanita. "Saya sendiri menjadikan diri sebagai testimonial yang mana saya meminta doktor untuk bersalin secara pembedahan ketiga melahirkan anak ketiga, biar pun saya mampu bersalin normal. Bila saya memakannya, air susu sangat banyak, proses menurunkan berat badan juga sangat menakjubkan. Ternyata ia membawa satu revolusi baru dalam produk kesihatan dan kecantikan apabila ia mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dari pengguna semua," katanya secara berterus-terang memberitahu beliau hanya mengeluarkan kos pengiklanan sebanyak RM900 sebulan dan ternyata untung diperoleh ketika itu mencecahbsehingga RM500,000 sebulan.

"Saya cukup berbangga kerana syarikat D'Navechee merupakan pelopor kepada produk makanan kesihatan dan kecantikan dan respon daripada pengguna sangat bagus." Malah sehingga kini, pengguna-pengguna produk D'Navechee mencecah 1 juta orang sebulan. Mengakui konsep pengiklanan yang berkesan, Dato' Azlina kemudiannya menambah jumlah muka surat kepada 1/2, 2 muka surat daripada semasa ke semasa dan pernah mencecah 5 muka surat. Tambah Dato' Azlina, beliau pernah mengeluarkan RM20,000 sebulan untuk iklan dan ternyata rezeki beliau cukup murah apabila pendapatan diperolehi syarikat mencecah RM2 juta sebulan.

Pose menarik daripada pasangan bahagia ini

Memberikan kata-kata nasihat kepada para usahawan yang baru memulakan perniagaan, Dato Azlina memberi pesanan, "Apabila berniaga, kita jangan terlalu memikirkan keuntungan besar dahulu. Sesetengah orang sangat takut untuk melaburkan duit ke arah pengiklanan dan menggunakan strategi lain, tetapi sayang berat mulut untuk mempromosikan produk mereka. Cara paling mudah ialah memilih pengiklanan kerana pengguna yang menyakini produk akan bercerita dari mulut ke mulut," katanya berkongsi rahsia kejayaan.

(Sumber :: Majalah Mingguan Wanita Edisi Berkembar Aidilfitri)

No comments:

Post a Comment