Pages

Monday, 12 March 2012

Ayam Serama Jana Pendapatan Lumayan

Ayam Serama Jana Pendapatan Siapa sangka ayam Serama yang selama ini dianggap sekadar untuk menyertai pertandingan mampu memberi pulangan lumayan sekiranya diusahakan secara komersial. Bagi Ahmad Fauzi Mohamed, spesies burung yang memiliki keunikan dan keistimewaan tersendiri itu telah menjadikan beliau digelar sebagai usahawan ayam Serama Malaysia melalui syarikat yang diusahakannya, Kedai Serama Malaysia di Ampang Water Front, Ampang dekat sini.