Usahawan Tani Nanas Berjaya Di Usia Muda
Nama | : Mohd Shah Bin Dasin | |
Umur | : 32 tahun | |
No Tel | : 013-7629416 | |
Tempat Kelahiran | : Muar, Johor | |
Alamat Rumah | : SBK 59, Kg Sg Balang Kecil Darat, Muar, Johor. | |
Status | : Bujang | |
Tempoh mengusahakan Nanas | : Daripada tahun 2003 | |
Keluasan | : 50 ekar | |
Jenis Nanas Ditanam | : Moris dan Josapine | |
Lokasi Kebun | : Kampung Sg Balang Darat, Muar, Johor. | |
Pemilikan Tanah | : Pajakan/sendiri | |
Hasil Se-Ekar | : RM 9,600/musim | |
Bilangan Pekerja | : 5 orang | |
Pasaran Hasil | : Peraih | |
Modal Awal | : Sendiri dan LPNM | |
Perancangan Akan Datang | : Meluaskan lagi kawasan tanaman nanas dan membuat produk berasaskan nanas. | |
Tahun itu merupakan tahun 1998, yang mana negara mengalami kegawatan ekonomi teruk sehingga mengakibatkan ramai warga kota kehilangan pekerjaan. Keadaan yang meruncing tersebut menyebabkan ramai anak desa yang berhijrah ke bandar raya Kuala Lumpur mendapati diri mereka berada dalam keadaan tersepit.
Berikutan kepayahan hidup serta ketiadaan peluang baru, ramai di antara mereka mengambil keputusan untuk pulang ke kampung halaman semula bagi meneruskan kehidupan.
Mohd Shah Dasin adalah salah seorang daripada mereka pada ketika itu dan dia akhirnya mendapati dirinya pulang kembali ke kampungnya di Kampung Sungai Balang Kecil, Muar. Dia yang semasa itu berusia 24 tahun telah membuat keputusan untuk kembali ke kampung selepas merantau selama sembilan tahun.
Selama perantauan itu, pelbagai pekerjaan telah dilakukan daripada menjadi buruh binaan di Singapura, nelayan di Terengganu sehingga menjadi penebar roti canai di Kuala Lumpur. Kehidupan keluarga yang terperangkap dalam kemiskinan menyebabkan dia tidak berpeluang untuk melalui alam persekolahan namun ia tidak menghalangnya daripada mencari rezeki.

Namun disebabkan keadaan ekonomi yang gawat akibat krisis mata wang menyebabkan peluang kepadanya di bandaraya tertutup dan tiada jalan lain kecuali pulang ke kampung. Bagaimanapun, rezeki daripada tuhan sering datang tanpa dijangka dan Mohd Shah yang tidak pernah mengenal erti putus asa kini muncul antara usahawan tani tanaman nanas yang cukup berjaya di Negeri Johor.
Menurutnya Mohd Shah, dia pada mulanya hanya mengerjakan kebun nanas seluas dua ekar pada tanah milik kedua orang tuanya namun berkat usahanya, tanah yang dikerjakan kini adalah seluas 30 ekar.
"Semasa saya tiba di kampung, saya menjalankan tanaman nanas ini secara suka-suka dengan kerja tetap saya waktu itu adalah membuat roti canai.

"Namun daripada apa yang bermula sebagai suka-suka itu, saya nekad untuk mengerjakan secara serius dan sekarang ini pulangannya amat berbaloi," katanya yang merupakan anak ketiga daripada tujuh orang adik beradik.
Semasa membuka kebun nanas pada tahun 1998 itu, Mohd Shah secara seorang diri melakukan semua pekerjaan di kebun tersebut daripada menebas, menyembur racun kepada membajanya. Kegigihannya bermula daripada awal pagi dengan dia menggunakan tenaga tulang empat keratnya untuk menyemai anak pokok nanas, memberinya hormon(penggalak bunga) sehingga menuai hasilnya.

Menunggu hasil nanas bukan mudah malah menuntut kesabaran yang tinggi memandangkan hasilnya hanya akan dapat diperoleh selepas 15 bulan. Begitupun, petani muda tersebut berupaya menjamin hasil pulangannya dengan dia berjaya mengikat kontrak dengan pasaraya Tesco sebagai pembekal nanas segar selama dua tahun. Kesemua nanas tanamannya adalah dari jenis Josapine yang mana ia adalah sesuai untuk pasaran segar dan permintaannya di pasaran segar adalah terjamin. Pengeluaran nanas daripada kebunnya mampu mencecah sehingga 10,000 biji setiap bulan dan ia sememangnya memberi pendapatan lumayan baginya memandangkan berdasarkan harga pasaran, nanas jenis Josapine adalah sekitar RM1.30 bagi gred A.
"Semasa saya mengusahakan kebun saya itu memang ada orang kampung lain yang turut menanam nanas namun ia tidak dilakukan secara komersial.
"Saya melihat itu sebagai satu peluang dan saya sememangnya mempunyai matlamat untuk menjadikan pertanian nanas ini berjaya," katanya.
Jelas beliau, selain daripada pengalaman sebagai anak kampung, kejayaannya dalam menceburi pertanian nanas ini banyak dibantu oleh pihak Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM). Galakan yang diberikan LPNM itu telah banyak membantunya meningkatkan lagi hasil tanaman nanasnya menerusi khidmat nasihat serta bantuan bekalan baja.
"Saya tidak pernah melepaskan peluang untuk mengikuti mana-mana kursus pengurusan tanaman nanas anjuran LPNM.
"Malah melalui LPNM, sedikit sebanyak saya dapat menimba ilmu baru melalui lawatan ke UPM (Universiti Pertanian Malaysia), Serdang serta lawatan ke kebun-kebun nanas di Kelang, Selangor dan Terengganu," katanya.

Walaupun kejayaan yang diperolehnya telah memberikan pendapatan yang tinggi, Mohd Dasim yang kini menjengah usia 32 tahun tetap memilih untuk hidup secara sederhana. Di atas rasa tanggungjawab terhadap kampung kelahirannya itu, beliau telah membuka peluang pekerjaan kepada para penduduk kampung untuk sama-sama mengusahakan kebun nanasnya. Dengan jumlah pekerja tetapnya adalah sebanyak lima orang, anak muda hitam manis itu sentiasa mengalu-alukan para penduduk kampung untuk bekerja di kebunnyna secara sambilan.
Katanya, dia meletakkan hasrat untuk meluaskan lagi tanaman nanasnya itu memandangkan permintaan terhadap buah yang ditanam di tanah gambut itu sentiasa mendapat sambutan. Menerusi keuntungan yang diperoleh dari tahun ke tahun, beliau secara bijak mengaturkan perniagaan taninya itu dan dia kini mempunyai tanah seluas 10 ekar miliknya sendiri.

Buat ketika ini, beliau turut menyewa tanah milik orang kampung di kawasan seluas 20 ekar bagi menjalankan penanaman nanasnya dan dia kini dalam perancangan untuk menambah 14 ekar lagi. Berkat usaha gigihnya yang tidak mahu mengenal erti jemu, beliau berjaya mengeluarkan keluarganya daripada kepompong kemiskinan di samping membantu membuka peluang ekonomi di Kampung Balang Kecil. Menyedari pentingnya kepelbagaian untuk mengukuhkan ekonomi, beliau mempelbagaikan kegiatan pertaniannya dengan menjalankan penternakan lembu serta penanaman pokok pisang.
Mohd Shah nyata seorang pemuda yang istimewa kerana pemikirannya yang kreatif dan jauh ke hadapan membolehkannya memperoleh pendapatan yang jauh lebih tinggi daripada penebar roti canai di Kuala Lumpur. Pada usia yang cukup muda, beliau bijak mengambil peluang untuk mengusahakan tanaman nanas secara komersial walaupun ramai pihak yang sangsi pada mulanya.

"Saya berasa bertuah kerana dapat melakukan apa yang saya minat namun saya sentiasa berpegang kepada pepatah 'bukan senang nak senang'.
"Oleh kerana itu, saya tidak menoleh ke belakang lagi dan komited untuk mengusahakan tanaman nanas ini hingga berjaya," katanya.
Rujukan:
http://www.mpib.gov.my/web/guest/usahawan_tani_nanas_berjaya_diusia_muda
Bapak akuu
ReplyDelete