Pages

Wednesday, 7 December 2011

Abd. Moeen Bin Abd. Wahid

MASYARAKAT di mana-mana sahaja di seluruh pelosok dunia pastinya mengenali dan sedia maklum dengan kenakan serta kelazatan rasa minuman yang dikenali sebagai kopi. Mungkin ramai yang tidak mengetahui, rumusan kopi tradisi tersebut sebenarnya telah dihasilkan secara turun-temurun sejak 30 tahun lalu oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) di kilangnya yang terletak di Kanchong Darat, Banting, Selangor.

Ketika awal penubuhannya pada tahun 1973, kilang kopi FAMA hanya berperanan sebagai pusat pengumpulan dan pemprosesan biji kopi dalam usaha membantu penanam kopi di kawasan Kuala Langat memasarkan hasil tanaman mereka. Ketika itu, daerah tersebut merupakan kawasan pengeluaran biji kopi jenis Liberica yang terbesar di Malaysia dengan keluasan tanaman sekitar 6,800 hektar.

Selepas beberapa tahun menjalankan kerja-kerja tersebut, bermula awal tahun 80-an, FAMA akhirnya mengambil keputusan untuk memulakan aktiviti pemprosesan serbuk kopi campuran di bawah penjenamaan Anggerek. Menurut Pengurus Pembangunan Industri Asas Tani FAMA bagi komoditi kopi, Abd. Moeen Abd. Wahid, kilang tersebut menjalankan semua peringkat penghasilan kopi campuran berkenaan bermula dari pengumpulan biji kopi, penggredan, pemprosesan, pembungkusan dan juga pemasaran. Kopi campuran mendapat sambutan yang baik daripada penggemarnya kerana ia mempunyai formulasi campuran khas yang memberi kelazatan kepada rasanya.

Sumber:

No comments:

Post a Comment