Profil Usahawan Pilihan
Vivy Yusof
Gadis yang dilahirkan di Kajang, Selangor yang baru menjangkau usia 23 tahun punya visi dan pandangan yang tidak mungkin mampu difikirkan anak tempatan lain. Bermula dengan sekadar perbincangan bersama rakannya ketika mengambung pengajian di London, akhirnya membuahkan satu pencapaian yang saya kira luar biasa di negara ini. Laman web Fashion Valet sememangnya sinonim dengan pemiliknya, Vivy Yusof. Biarpun latar belakang pembelajarannya tidak sedikitpun berkait rapat dengan bidang fesyen, namun atas dasar cinta terhadap bidang itu, Vivy cuba mencari jalan untuk mendekatkan lagi diri dengannya.
“Kami tidak berupaya menjadi pereka fesyen kerana tidak berbakat. Maka, kami memilih untuk mencari bakat itu dengan menawarkan kepada pereka tempatan supaya memasarkan koleksi mereka menerusi laman web yang kami cipta. Saya bersyukur, decision ini benar-benar memberikan kesan yang amat positif.”
“Bayangkan, kita punya ramai pereka tempatan yang berbakat dan kreatif tetapi mengikut pemerhatian saya, perhatian kurang ditumpukan kepada golongan ini. Walhal, kualiti dan tahap rekaan mereka adalah setanding hasil pereka antarabangsa. Paling menguntungkan, koleksi pereka tempatan lebih sesuai untuk digayakan di negara ini disebabkan budayanya. Berbanding pereka antarabangsa terutama di Barat, adakalanya sukar untuk dipakai di sini sama ada disebabkan ciri rekaannya atau kesesuaian mengikut cuaca.” Tambahnya, jumlah pelawat laman web juga semakin bertambah dari masa ke semasa. Begitu juga dengan jualan yang turut semakin banyak diterima. “Kami menerima hingga 50 tempahan dalam tempoh sehari dan angka itu saya kira amat memberangsangkan kerana ini membuktikan keupayaan kami sebagai pihak yang memasarkan koleksi pereka tempatan. It’s amazing!”
Puteri Azalea Ramli dan Puteri Yasmin Ramli
“Kami akui, adakalanya jualan begitu mendadak dan adakalanya jualan tidak begitu memberangsangkan. Mungkin disebabkan tahap ekonomi yang tidak cukup kukuh hingga mengganggu corak perbelanjaan umum. Keadaan ini sebenarnya menguatkan lagi azam kami untuk terus berada di sini dan melahirkan koleksi mengikut pandangan peribadi juga karakter kami.”
“Berbanding saya, Yasmin lebih bijak menghasilkan rekaan yang out of the box dan penuh dengan idea yang moden dan unik,” jawab Azalea ketika ditanyakan pendapat mengenai adiknya. Sementara Yasmin pula berkata,”Saya sebenarnya tidak sangka kakak saya juga berbakat dalam mereka fesyen kerana jurusan pengajiannya tidak langsung berhubung kait dengan bidang fesyen berbanding saya yang lahir sebagai graduan dalam bidang itu sendiri. She’s brilliant.”
No comments:
Post a Comment