Pages

Showing posts with label Perkhidmatan. Show all posts
Showing posts with label Perkhidmatan. Show all posts

Wednesday, 29 February 2012

Saiful Nang

Kisah Jutawan Fotografi Saiful Nang

Klik untuk download Majalah Niaga Edisi 18


Untuk makluman semua, kami telah berjaya menemuramah seorang usahawan terkenal dalam industri fotografi tanah air, iaitu tuan Saiful Nang. Kami mengambil keputusan untuk memilih beliau untuk diketengahkan pada edisi 18 disebabkan ingin meluaskan lagi skop keusahawanan serta menarik pembaca di kalangan jurugambar-jurugambar di Malaysia.


Siapa Sebenarnya Saiful Nang?
Saiful Nang merupakan seorang jurugambar profesional yang terkenal serta mempunyai pengaruh cukup besar dalam kalangan jurugambar-jurugambar di Malaysia. Beliau juga pernah dianugerahkan oleh Mediacorp Asia sebagai salah seorang jurugambar terbaik Asia, serta disenaraikan oleh Dewan Ekonomi sebagai 20 usahawan berjaya dan paling kreatif di Malaysia.


Malahan beliau terus mengukir satu demi satu kejayaan apabila tersenarai dalam TOP 10 MALAYSIAN, sebaris dengan individu-individu yang merupakan nama besar dalam Malaysia termasuk Datuk Lee Chong Wei, Tan Sri Anthony Fernandes dan Datuk Misbun Sidek.


Kejayaan beliau mula terukir apabila berjaya membawa jenama Candid Syndrome ke persada dunia. Jenama Candidsyndrome kini bukan lagi nama biasa di negara seperti Indonesia, Brunei, Sweden dan juga Singapura.
Beliau juga terkenal sebagai individu yang berjuang untuk memartabatkan kerjaya fotografi supaya lebih hebat dan dipandang tinggi di dunia. Selain daripada mengetuai jenama Candid Syndrome, beliau juga membangun akademi fotografi sendiri, yang diberi nama SNAP (Saiful Nang Academy of Photography) dan telah melatih lebih 30,000 jurugambar di Malaysia.

Thursday, 10 November 2011

OKU JADI JUTAWAN

KANGAR 28Dis. - Sukar untuk mempercayainya, tetapi dengan bermodalkan RM10 yangdisumbangkan oleh persatuan Belia 4B mendorong orang kurang upaya (OKU), M.Kumaran, 48, berusaha gigih dan kini bergelar jutawan. Soal percayaatau tidak, terserahlah kepada khalayak.

Duit RM10itu adalah ihsan Persatuan Belia 4B yang berpusat di Eatet Ladang Patani, ParaEstet di Bidong, Kedah pada tahun 1979 kerana Kumaran miskin dan cacat. Wang itudipinjamkan sebagai duit tambang untuk membolehkan Kumaran mengikuti KursusUsahawan anjuran Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Perlis yang diadakan di sini. Kumarandiberi wang itu kerana berstatus OKU setelah kaki kirinya tidak dapatdiselamatkan, terpaksa dipotong akibat kemalangan jalan raya ketika berumur 18tahun iaitu pada tahun 1979. Waktukejadian, Kumaran adalah kelindan lori ketika mula mencari sesuap nasi selepasmenukar kerjaya daripada seorang penoreh getah.

"Mulaitahun 1979 saya keluar dari kawasan estet menjadi kelindan lori. Dulu, tempatduduk kelindan bukan di sebelah pemandu, tetapi di atas lori bersama muatan.Malang menimpa. Lori terbaik dalam kejadian kira-kira pukul 11.45 pagi. Ketikaitu kami dalam perjalanan dari Butterworth, Pulau Pinang ke Bukit Tengah,Butterworth," ujarnya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Apabila diajukansoalan lain, Kumaran termenung seketika, lalu menjawab: "Saya tercampakbersama muatan. Yang tahu ketika itu hanya menanggung kesakitan. Sakit yangamat sangat apabila kaki kiri dihimpit lori papan. Saya cuba melepaskannya,tetapi gagal."

Berikutan kecelakaantersebut, Kumaran dikejarkan ke Hospital Besar Pulau Pinang untuk rawatanlanjut selama 10 hari. Ketika dihospital, pakar perubatan sedaya upaya mengubati semua kecederaan sehinggaberjaya, kecuali kaki kiri.

"Doktortidak ada pilihan. Kaki kiri saya terpaksa dipotong paras lutut. Waktu ituhanya Tuhan sahaja yang tahu. Kesedihan yang saya alami tidak mampu dizahirkan,sama ada secara lisan atau tulisan," ujarnya.

Setelah kakikiri dipotong katanya, beliau ditempatkan tiga bulan di hospital berkenaan danhatinya sekali lagi tersentak apabila terpaksa pulang ke kampung berbekalkansebatang tongkat kayu untuk berjalan. Namunbegitu, Kumaran tidak mudah mengaku kalah apabila setahun kemudian beliaumembelanjakan RM1,400 untuk membeli kaki palsu. Berbekalkankaki palsu, di peringkat awal, anak muda itu bercadang menjadi pekerja distesen minyak sebagai juru pam.

"Ketikaasyik mencari kerja, saya yang menyertai Belia 4B dipilih mengikuti KursusUsahawan selama 14 hari di Kangar. Disebabkan duit tambang tidak ada, Belia 4Bbagi pinjaman RM10. Selepasmengikuti kursus, saya memohon bantuan modal perniagaan dari Jabatan KebajikanMasyarakat (JKM). Saya memohon dari JKM Perlis setelah menetap di Kangar. Sayamemperoleh RM500 untuk dijadikan modal pusingan. Selainmodal RM500, JKM menyediakan satu kedai kepada saya dengan sewa RM60 sebulan diMedan Datuk Jaafar Hassan di sini mulai tahun 1982," ujarnya.

Di premisitu, Kumaran memulakan perniagaan membuat papan tanda dan bingkai gambar,diikuti membuat tanda nama berikutan ketetapan bagi kakitangan kerajaanmenggunakan tanda nama seperti yang dikehendaki oleh Perdana Menteri, Tun Dr.Mahathir Mohamad pada 1983. Setelahmelihat peluang perniagaan membuat tanda nama begitu cerah, Kumaran yang tidakmempunyai modal telah bertemu Menteri Kebajikan Masyarakat, Tan Sri AishahGhani sehingga berjaya memperoleh bantuan JKM untuk membeli mesin membuat tandanama berharga RM1,200.

"Mesintanda nama yang disumbangkan oleh JKM tahun 1983 itu sampai sekarang masihada," ujar beliau sambil menunjukkan mesin tersebut di kedai pertamanya diPerusahaan Cahaya Murni Enterprise yang terletak di No. 2, Tingkat Bawah, MedanBazar Kangar. Selainpremis itu, beliau juga mempunyai sebuah lagi kedai iaitu Fawarra Murni Sdn.Bhd., di No. 11, juga di Medan Bazar Kangar.

Satu lagisyarikat milik Kumaran ialah Cahaya Tujuh Enterprise yang berpusat di JalanJubli Perak, juga di Kangar. Perkhidmatanyang disediakan termasuklah membuat sulaman logo, logo bercetak, barangancenderamata, cop getah, tanda nama sulam, kad perniagaan dan papan iklan. Diketiga-tiga premis berkenaan, beliau mempunyai enam pekerja termasuk empat OKUyang setiap orang berpendapatan antara RM650 hingga RM700 sebulan. Selain sibukmenyiapkan produk permintaan pelanggan di seluruh Perlis, usahawan ini jugaaktif ke Kedah kerana prinsipnya dalam perniagaan ialah tiada sempadan negeriasalkan sah.

Hasilkegigihan Kumaran sejak berusia 18 tahun, beliau yang mendirikan rumah tanggadengan K. Kumutha Devi dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Kanmani, gadisberusia 22 tahun dan Kanimoli pula berumur 20 tahun manakala anak lelakibongsunya, Paventhan, 17. Kanmani kinimenuntut di Moscow dalam jurusan perubatan, sementara Kanimoli mengikutipengajian Ijazah Sarjana Muda Ekonomi di Universiti Utura Malaysia (UUM) diSintok, Kedah, manakala Paventhan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Sekarang,Kumaran memiliki dua kereta iaitu Toyota Camry dan Toyota Vios. Ditanyamengenai rumahnya pula, jutawan itu mengakui memiliki lapan buah, iaitu satudaripadanya dijadikan kediaman sekeluarga manakala tujuh lagi disewakan. Apabiladiminta menyatakan nilai hartanah semasa bagi tiga premis kedai dan tujuhrumahnya, sambil tersenyum Kumaran berkata: "Tigakedai itu setiap satunya berharga kira-kira RM500,000 berbanding sewaktu dibeliRM54,400 sebuah. Nilai rumah pula antara RM180,000 hingga RM380,000sebuah."
Menyentuh wang RM10 yang dipinjam dari persatuanBelia 4B untuk mengikuti Kursus Usahawan di Kangar dulu pula, Kumaran berkata,ia sudah dibayar balik.

Wednesday, 2 November 2011

BERMODAL RM700 KINI USAHAWAN BERJAYA


Siti Aishah Hamdan sentiasa memastikan kualiti cetakan yang
dihasilkan memenuhi permintaan pelanggan dan dihasilkan dalam masa yang dijanjikan.


BERPEGANG kepada prinsip kerja 'pelanggan selalu betul dan setiap tempahan harus disiapkan mengikut perjanjian', usahawan percetakan ini terus menempa kejayaan sejak menceburi perniagaan tersebut 15 tahun lepas.

Bagi Siti Aishah Hamdan, 36, kepercayaan yang diberikan oleh pelanggan tidak harus dipandang sambil lewa, sebaliknya berusaha untuk memberi perkhidmatan yang terbaik. Jadi, tidak hairanlah apabila syarikatnya mendapat kepercayaan daripada syarikat-syarikat besar untuk mendapatkan khidmat percetakan sama ada mencetak banting, sepanduk, kad jemputan, buletin, beg kertas, pembungkusan dan buku.

Mengembali semula nostalgia bagaimana beliau yang bertindak sebagai Pengarah Lactop Sdn. Bhd. dan suami, Mohd. Sham Mohd. Salleh, 39, bertungkus lumus memajukan syarikat yang kini menjadi kebanggaan dan punca rezeki mereka, sememangnya amat meruntun jiwa. Kata Siti Aishah, beliau dan suami pernah hidup susah dan masing-masing bekerja di sebuah kilang percetakan dengan pendapatan bersama hanya RM1,000 sebulan. Bahkan, suaminya pernah terpaksa tidur di lokap kerana terbeli motosikal curi bagi memudahkan mereka berulang-alik dari rumah ke tempat kerja. Lebih mengharukan lagi apabila beliau dan suami diberhentikan kerja oleh majikan ketika tinggal beberapa hari lagi umat Islam mahu menyambut Aidilfitri

"Wang simpanan yang ada ketika itu cuma RM700. Dengan wang itu jugalah saya dan suami sepakat menggunakan pengalaman yang ada terutama dalam berurusan dengan pembekal percetakan, memulakan perniagaan percetakan walaupun dalam skala yang kecil. Satu cara sahaja yang difikirkan untuk meneruskan hasrat itu, iaitu dengan menghubungi pembekal percetakan yang kenal rapat dengan saya semasa bekerja dahulu, meminta bantuan dengan memberi kredit,'' katanya ketika ditemui di pejabatnya di Bandar Sri Damansara, Selangor, baru-baru ini. Menurut Siti Aishah, pelanggan pertamanya ialah syarikat penerbitan filem yang baru ditubuhkan

"Dengan muka yang tebal, walaupun saya tahu kemampuan dari segi peralatan dan modal tidak ada, saya memberanikan diri berjumpa dengan mereka. Mungkin nasib menyebelahi saya, kebetulan mereka juga mencari syarikat yang boleh mencetak produk-produk bagi mempromosikan filem terbitan mereka. Alhamdulillah mereka memberi kepercayaan penuh untuk kami menyiapkan poster dan banting dalam tempoh yang ditetapkan. Dan saya bersyukur, dengan terlaksananya projek pertama itu, mereka menjadi pelanggan tetap kami sehingga ke hari ini,'' kata ibu kepada seorang anak lelaki berusia tujuh tahun.

Beliau yang berasal dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan itu menambah, dengan komitmen yang diberi kepada syarikat yang ditubuhkan pada 1996 dengan nama Bendigo Enterprise sebelum ditukar nama kepada Lactop Sdn. Bhd. pada tahun 1999, beliau mendapat kepercayaan daripada banyak syarikat lain. "Rezeki semakin mencurah setelah tahun 1999. Saya mula mendapat projek daripada kerajaan, hotel dan sektor swasta yang lain. Kerja-kerja juga telah bertambah, bukan sahaja sekadar poster dan banting, tetapi telah mendapat kontrak mencetak pembungkusan, beg kertas, buku dan buletin," katanya. Siti Aishah juga mengakui sudah tujuh tahun, beliau dan suami tidak melakukan kerja-kerja pemasaran kerana pelanggan yang membantu memasarkan produk mereka.

Wanita yang gemar menghias rumah ini menegaskan dalam berurusan dengan pelanggan, memberi keyakinan adalah elemen yang penting. "Dalam mendapatkan projek daripada pelanggan baru, saya memastikan tidak terlalu tamak menerima kerja-kerja yang diarahkan kerana saya ingin membina keyakinan dengan mereka dahulu. Saya selalu nyatakan kepada mereka supaya mencuba dulu perkhidmatan saya dalam skala kecil, jika puas hati dengan hasil yang dibuat, barulah menjalinkan kerjasama dengan skala yang besar. Ini kerana saya percaya kepada rezeki, jika pelanggan yakin dan puas hati dengan kerja kita, rezeki itu akan datang dengan sendirinya,'' katanya.

(Sumber :: Utusan Malaysia)